PUTRAJAYA:Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu melakukan perbincangan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menentukan sama ada darurat perlu diisytiharkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah dan Parlimen Gerik, Perak.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata KKM akan melakukan penilaian risiko penularan COVID-19 di kawasan terbabit sebelum sebarang pengumuman dibuat berhubung perkara tersebut.
"Saya percaya SPR akan berbincang dengan pihak KKM dan MKN bagi menentukan tindakan yang patut dilakukan oleh SPR.
"Tidak tahu sama ada perlu darurat atau tidak, kita serahkan kepada perbincangan seterusnya.
BACA: Pengundian PRK Gerik, Bugaya serentak pada 16 Jan - SPR
"Pihak kerajaan seperti saya katakan, kita tidak campur tangan perkara seperti ini kerana SPR merupakan sebuah badan bebas dan mereka perlulah menentukan sama ada perlu diadakan pilihan raya ataupun ditangguhkan melalui pengisytiharan darurat," katanya dalam sidang media, di sini pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata keputusan untuk mengisytiharkan darutat tidak menyebabkan kehidupan rakyat terjejas, sebaliknya ia hanya untuk menangguhkan pilihan raya.
"Apabila kita mengisytiharkan darurat di Parlimen Batu Sapi, bukan bermakna seluruh Batu Sapi dikawal tentera dan perintah berkurung.
"Sebaliknya, kehidupan dan perniagaan berjalan seperti biasa. Yang berubah ialah tarikh pilihan raya boleh ditunda kerana perisytiharan darurat.
"Bagi DUN Bugaya dan Parlimen Gerik, saya berharap KKM akan membuat penilaian risiko dan berbincang dengan SPR," jelasnya lagi.
Terdahulu, SPR memaklumkan PRK bagi Parlimen Gerik dan Dun Bugaya dilaksanakan secara serentak di mana hari pengundian ditetapkan pada 16 Januari 2021.
Hasimi Muhamad
Fri Nov 27 2020

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata KKM akan melakukan penilaian risiko penularan COVID-19 di kawasan terbabit sebelum sebarang pengumuman dibuat berhubung perkara tersebut. - Gambar fail/BERNAMA

Angkat sumpah Biden | Cabaran besar memulihkan negara
Joe Biden bakal berdepan pelbagai cabaran besar selepas dirasmikan sebagai Presiden Amerika Syarikat Ke-46 pada 20 Januari ini. Selain menangani pandemik COVID-19 yang membunuh 4 ribu penduduk setiap hari, biden juga perlu menyatukan semula rakyat negara itu, terutama selepas serangan di bangunan capitol pada 6 Januari lalu.

FMM minta kerajaan perluaskan Akta COVID-19 untuk sektor perdagangan dan logistik
Ia bertujuan bagi memulihkan sektor perdagangan dan logistik yang merosot akibat pandemik COVID-19.

PKP | Polis tiada kuasa batalkan kompaun
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan atau mengurangkan kompaun yang dikeluarkan terhadap mereka yang melanggar Perintah Kawalan Keselamatan (PKP), kata Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid.

10 Berita Pilihan - (18 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis, JKNS siasat kes minum arak di pusat kuarantin - Masidi
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memandang serius isu video tular individu meminum minuman keras di sebuah pusat kuarantin.

COVID-19: Tidak sampai seminggu, China siapkan pusat kuarantin dengan 4,160 bilik
Mengikut perancangan asal, pusat kuarantin yang meliputi kawasan seluas 34 hektar itu hanya akan menempatkan 3,000 buah bilik.

Amaran cuaca buruk di pedalaman dan pantai barat Sabah serta Labuan
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di pedalaman dan Pantai Barat di Sabah serta Labuan sehingga esok.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Persekolahan secara bersemuka Tabika Kemas ditangguh
Sesi persekolahan Tabika Kemas secara bersemuka di seluruh negara yang sepatutnya bermula pada 20 Jan ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

"Ke pasar raya boleh, kenapa mengundi dengan SOP ketat tidak boleh?" - Ahmad Maslan
Itu pertanyaan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, yang mempertahankan cadangan agar pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan ketika ini.

COVID-19: Pelaksanaan PRU akan dinilai Jawatankuasa Pengurusan Pandemik - SPR
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menyatakan perkara tersebut akan dinilai oleh Jawatankuasa Pengurusan Pandemik.

Laksana PRU demi pulihkan ekonomi? Majoriti netizen tolak cadangan Zahid
Mereka yang tidak bersetuju ini kebanyakannya bimbang COVID-19 akan semakin menular selepas mengambil iktibar apa yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tahun lalu.

UMNO mahu PRU15 disegerakan - Zahid
UMNO terus bertegas mahu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) disegerakan kerana mendakwa kerajaan yang ada sekarang sangat rapuh sehingga membimbangkan pelabur untuk datang ke negara ini.

Kenyataan Asyraf Wajdi bukan wakili pendirian sebenar UMNO- Takiyuddin
Sebarang kenyataan rasmi berhubung urusan berkenaan terutama membabitkan kerjasama Muafakat Nasional (MN) antara Pas dan UMNO hanya boleh dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

PRU: Malaysia belum sedia laksana undi pos
Ab Rashid berkata, ini kerana, negara masih tidak mempunyai sistem pos yang boleh dipercayai.

ERC yakin kerajaan terima semua syor reformasi pilihan raya
Ab Rashid berkata, pelaksanaan itu akan mengikut keutamaan dan kesesuaian selain melihat ia akan segera dilaksanakan dalam masa terdekat.

SPR akur pengisytiharan darurat di Gerik, Bugaya
SPR akur dengan keputusan pengisytiharan darurat di Pilihan Raya Kecil (PRK) P.054 Gerik, Perak dan DUN N.66 Bugaya, Sabah.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Darurat Bugaya, Gerik: SPR perlu berbincang dengan MKN, KKM - Ismail Sabri
SPR memaklumkan PRK bagi Parlimen Gerik dan Dun Bugaya dilaksanakan secara serentak di mana hari pengundian ditetapkan pada 16 Januari 2021