PUTRAJAYA:Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) P054 Gerik, Perak, dan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) N66 Bugaya, Sabah, akan diadakan serentak pada 16 Januari, 2021.
Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, kedua-dua PRK itu harus diadakan susulan notis kekosongan yang diterima dari Dewan Rakyat dan DUN Sabah.
Menurutnya, hari penamaan calon ditetapkan pada 4 Januari, 2021, manakala hari pengundian awal ialah pada 12 Januari, 2021.
Dalam pada itu, Abdul Ghani berkata, SPR telah memutuskan untuk menggunapakai Garis Panduan Pencegahan COVID-19 bagi Pelaksanaan PIlihan Raya untuk kedua-dua PRK bagi mengelak timbulnya kluster baharu akibat penularan pandemik COVID-19.
“Kesemua aktiviti kempen berbentuk ceramah, ziarah rumah ke rumah, walkabout, pengedaran pamplet atau risalah kempen secara bersemuka tidak dibenarkan.
“Calon-calon digalakkan untuk berkempen guna media sosial, dan petugas parti dibenarkan untuk pasang banner, bunting dalam kawasan PRK yang ditetapkan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Menurut Garis Panduan itu, beliau berkata, calon yang bertanding hanya dibenarkan membuka satu sahaja bilik gerakan, manakala bilik gerakan kecil atau tempat penyokong berkumpul tidak dibenarkan sama sekali.
Pada 16 November lalu, Ahli Parlimen Gerik Datuk Hasbullah Osman meninggal dunia di Raub, Pahang kerana sakit jantung.
Pada 17 November pula, ADUN Bugaya Manis Muka Darah pula meninggal dunia kerana sakit buah pinggang.
Pada sidang Dewan Rakyat minggu lepas, kerajaan dilaporkan akan mempertimbangkan untuk mengisytiharkan darurat bagi DUN Bugaya dan Parlimen Gerik sepertimana dilaksanakan di kawasan Parlimen Batu Sapi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pertimbangan itu bagaimanapun bergantung kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.
BACA: Ancaman COVID-19: Darurat di Bugaya, Gerik wajar dibuat - Penganalisis
Dalam pada itu, Abdul Ghani berkata, Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRK Parlimen Gerik adalah Daftar Pemilih terkini sehingga ST3/2020 yang dikemaskini pada 17 November 2020.
“DPPR tersebut mengandungi 36,750 orang pengundi yang terdiri daripada 33,675 orang pengundi biasa, 2,111 orang tentera serta pasangan, 959 orang polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan 5 Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara,” katanya.
Bagi PRK Bugaya pula, beliau berkata, DPPR yang akan digunakan ialah Daftar Pemilih terkini sehingga ST3/2020 yang dikemaskini pada 22 November 2020.
“DPPR tersebut mengandungi 21,618 orang pengundi yang terdiri daripada 21,181 orang pengundi biasa dan 437 orang anggota polis,” katanya lagi.
Abdul Ghani berkata SPR menjangkakan peratusan keluar mengundi untuk kedua-dua PRK tersebut ialah 70 peratus.
Firdaus Azil
Fri Nov 27 2020

Abdul Ghani berkata, SPR telah menetapkan SOP yang lebih ketat untuk kedua-dua PRK bagi mengelak timbulnya kluster baharu akibat penularan pandemik COVID-19. - Gambar fail

Tindakan MB Kedah batal cuti Thaipusam untuk puaskan agenda sendiri, dakwa pemimpin PKR
Timbalan Pengarah Strategi Keadilan Ramanan Ramakrishnan berkata, ia merupakan sifat angkuh dan tidak hormat agama dan tradisi agama lain.

COVID-19 | Pfizer-BioNTech setuju bekal vaksin kepada COVAX?
Pfizer dan bioNTech dilaporkan bersetuju untuk membekalkan vaksin COVID-19 yang dihasilkan kedua-dua syarikat farmaseutikal itu kepada skim akses vaksin COVAX kendalian pertubuhan kesihatan sedunia (WHO). Agensi berita Reuters yang memetik sumber memaklumkan, persetujuan itu dijangka membuka laluan kepada negara-negara berpendapatan rendah untuk mendapatkan bekalan vaksin.

Politik Rusia | EU desak Rusia melepaskan Navalny
Kesatuan Eropah (EU) pada Khamis menggesa rusia membebaskan pemimpin pembangkang Alexei Navalny. Navalny ditahan di Lapangan Terbang Moscow pada Ahad lalu setelah lima bulan berada di Jerman untuk menjalani rawatan akibat keracunan ejen saraf Novichok.

Perisik hebat yang tertangguh... tayangan filem James Bond ditunda lagi!
Pemilik panggung wayang amat mengharapkan agar filem berkenaan dapat mengembalikan semula momentum jualan.

TPNW | Triti larangan senjata nuklear (TPNW) berkuatkuasa hari ini
22 Januari, 2021, merupakan suatu tarikh yang bersejarah kerana ia merupakan hari berkuatkuasanya Triti Larangan Senjata Nuklear (TPNW). Inisiatif yang dibangunkan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) ini mengandungi langkah komprehensif bagi memastikan dunia bebas daripada senjata nuklear sepenuhnya. Malaysia antara 21 negara yang meratifikasi perjanjian berkenaan. Namun, penjelasan apa itu TPNW dan kepentingan serta bagaimana ia berbeza dengan perjanjian terdahulu?

TPNW | Malaysia komited laksana kewajipan penguatkuasaan
Malaysia komited mengambil langkah yang diperlukan dalam melaksanakan kewajipan terhadap penguatkuasaan Triti mengenai pengharaman senjata nuklear (TPNW) yang berkuat-kuasa hari ini.

TPNW | Peranan Malaysia dalam pastikan dunia bebas senjata nuklear
Justeru apa peranan Malaysia dan negara sepihak di bawah perjanjian berkenaan? Menurut Aisya ada beberapa langkah yang perlu dipatuhi bagi menjamin dunia yang bebas senjata nuclear.

TPNW | #Notonukesmy platform sertai usaha dunia bebas senjata nuklear
Biar pun usaha memastikan keberkesanan TPNW banyak bergantung kepada kerajaan yang menerajui negara-negara sepihak.. .....Aisya berkata, ia tidak bermaksud rakyat dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) tidak mempunyai peranan yang signifikan.

"Olimpik Tokyo batal? Atlet bukan berlatih untuk temasya itu sahaja" - MSN
Perkara itu tetap menjadi isu besar melibatkan sekumpulan kecil atlet yang menjadikan temasya berprestij itu sebagai sasaran.

Siri konsert dalam talian Malaysia Live!, beri ruang industri hiburan terus menyala
Siri konsert tersebut akan bermula dengan penstriman langsung dua episod pengenalan pada bulan Januari ini.

Perak berterima kasih susulan pengisytiharan darurat PRK Gerik - MB
Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, jika berlaku PRK sudah tentu berlaku juga pergerakan secara bebas.

BN Sabah sokong pengisytiharan darurat di Bugaya
Keputusan perisytiharan darurat ini adalah tindakan yang perlu supaya tidak memburukkan lagi krisis kesihatan dan mengelak kehilangan lebih banyak nyawa akibat pandemik COVID-19.

SPR akur pengisytiharan darurat di Gerik, Bugaya
SPR akur dengan keputusan pengisytiharan darurat di Pilihan Raya Kecil (PRK) P.054 Gerik, Perak dan DUN N.66 Bugaya, Sabah.

UMNO Sabah tidak letak calon di PRK Bugaya - Bung Moktar
UMNO Sabah tidak akan meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya yang akan diadakan pada 16 Januari depan.

Darurat Bugaya, Gerik: SPR perlu berbincang dengan MKN, KKM - Ismail Sabri
SPR memaklumkan PRK bagi Parlimen Gerik dan Dun Bugaya dilaksanakan secara serentak di mana hari pengundian ditetapkan pada 16 Januari 2021

Pengundian PRK Gerik, Bugaya serentak pada 16 Jan - SPR
Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, SOP lebih ketat untuk ditetapkan untuk kedua-dua PRK bagi mengelak timbulnya kluster baharu akibat penularan COVID-19.