KUALA LUMPUR: Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara (Dasar 4IR Negara) yang dilancarkan Khamis lepas merupakan satu dasar penting untuk dilaksanakan dalam usaha menyelaraskan kesemua inisiatif kerajaan bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam ekosistem digitalisasi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Dasar 4IR Negara itu akan memberi faedah kepada rakyat, sektor perniagaan dan kerajaan.
Beliau berkata fokus kerajaan juga adalah meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya untuk rakyat menerima guna teknologi seiring perkembangan semasa yang turut berlaku di seluruh dunia.
"Kita tidak banyak mencipta teknologi seperti negara maju iaitu China, Jepun, Korea Selatan dan Eropah.
"Oleh itu, kita berharap untuk mempunyai lebih ramai rakyat Malaysia yang mampu mencipta dan mewujudkan teknologi menerusi Dasar 4IR Negara," katanya dalam temu bual di sebuah program televisyen swasta pada Isnin.
Mustapa berkata, kerajaan juga dapat menggabungkan segala usaha dan bertindak menerusi kaedah yang terselaras mengikut Dasar 4IR Negara.
"Kita juga ingin memastikan pada 2050 kerajaan telah dapat mendigitalkan perkhidmatan kerajaan dan memahirkan setiap penjawat awam dalam bidang ini mengikut Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia," katanya.
Dasar 4IR Negara bertujuan mempertingkatkan keupayaan Malaysia, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan dan berdaya saing.
Ia digubal berpaksikan kemanusiaan supaya teknologi dimanfaatkan tanpa mengorbankan nilai kemanusiaan, sosial dan warisan budaya, selaras matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama untuk mencapai kesejahteran rakyat dan pertumbuhan ekonomi yang inklusif, seimbang dan mampan.
Empat teras utama menyokong dasar ini iaitu melengkapkan rakyat dengan pengetahuan dan set kemahiran berkaitan 4IR; membentuk negara yang mempunyai kesalinghubungan melalui pembangunan infrastruktur digital; menyediakan peraturan sesuai keperluan masa dan fleksibel dengan perubahan teknologi serta mempercepat inovasi dan penerimagunaan teknologi 4IR.
Dasar ini akan menyediakan prinsip panduan utama dan hala tuju kementerian serta agensi dalam penggubalan dasar dan pelan tindakan bagi mengoptimumkan pengagihan sumber selain penyelarasan pelaksanaan dalam perkara berkaitan teknologi pesat membangun yang akan memberi manfaat kepada rakyat, sektor swasta dan awam.
Dasar itu juga menyokong dasar pembangunan negara seperti Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030), Rancangan Malaysia Lima Tahun dan melengkapi Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia dalam mendorong pembangunan ekonomi digital.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 05 2021
Mustapa berkata Dasar 4IR Negara itu akan memberi faedah kepada rakyat, sektor perniagaan dan kerajaan. -Gambar fail
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Dasar 4IR negara pastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam ekosistem digitalisasi
Mustapa berkata Dasar 4IR Negara akan memberi faedah kepada rakyat, sektor perniagaan dan kerajaan.
Dasar 4IR bakal pacu Malaysia sebagai negara berteknologi
Meningkatkan kualiti hidup dengan memanfaatkan kemajuan teknologi, keupayaan tempatan untuk menguasai 4IR dalam semua sektor dan menggunakan teknologi untuk pemeliharaan integriti ekologi.
Dasar 4IR: Indeks Kesejahteraan Rakyat, Inovasi Global dijangka meningkat menjelang 2030
Malaysia juga disasar mencapai kedudukan 50 teratas dalam Indeks Alam Sekitar pada tahun 2030.