KUALA LUMPUR: Pengenalan beberapa dasar baharu oleh Kerajaan Perpaduan bakal memberikan keunggulan komparatif kepada Malaysia untuk menarik kemasukan pelabur asing, sekali gus menangani impak ketidaktentuan ekonomi global pada 2024.
Antara dasar yang diperkenalkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh setahun mengemudi negara adalah Ekonomi MADANI, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) Fasa 1 dan Fasa 2, Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 serta Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK-12)
Pensyarah Kanan Politik Ekonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah Prof Madya Dr Firdausi Suffian berkata pengenalan dasar yang jelas itu akan dapat menstruktur semula ekonomi negara dan melonjak rantaian bekalan pasca pandemik COVID-19.
"Sebagai contoh menerusi Ekonomi MADANI, kita nampak bahawa kerajaan ingin melonjakkan rantaian pengeluaran yang memfokuskan kepada pengeluaran yang mempunyai nilai tambah yang kompleks bagi menyakinkan negara serta pelabur asing terhadap kesungguhan kerajaan dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi," katanya.
Firdausi bercakap demikian dalam program Malaysia Petang Ini bertajuk 'Cabaran Ekonomi 2024' terbitan Bernama TV.
Beliau berkata 2024 merupakan tahun pelaksanaan bagi kerajaan walaupun akan menghadapi tempoh mencabar yang diasak oleh faktor-faktor seperti ketegangan geopolitik berlanjutan, pengetatan dasar monetari bagi menangani inflasi serta peningkatan risiko kelembapan ekonomi di serata dunia.
"Malaysia adalah negara yang terbuka kepada perdagangan, oleh itu kita secara tidak langsung dipengaruhi oleh faktor-faktor luar yang akan mempengaruhi kedudukan ekonomi, prestasi ringgit dan perdagangan," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata Anwar telah menegaskan bahawa struktur ekonomi Malaysia yang pelbagai serta asas kukuh yang dibina selama ini, telah meningkatkan daya tahan ekonomi serta meletakkan negara di landasan pertumbuhan yang stabil.
Perdana Menteri berkata faktor-faktor positif berkenaan yang disokong oleh dasar dan pelan tindakan kukuh bertunjangkan kerangka Ekonomi MADANI serta pelaksanaan berterusan langkah-langkah dan inisiatif pragmatik yang ditetapkan oleh kerajaan, akan memastikan ekonomi Malaysia kekal kukuh dan berdaya tahan.
"Walaupun sektor luaran kekal penting, pertumbuhan kini semakin didorong oleh permintaan domestik," kata beliau yang juga Menteri Kewangan dalam laporan Tinjauan Ekonomi 2024 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada Oktober lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 28 2023
Firdausi berkata, 2024 merupakan tahun pelaksanaan bagi kerajaan walaupun akan menghadapi tempoh mencabar yang diasak oleh beberapa faktor. - Gambar fail/BERNAMA
Jumaat pertama 2025 Johor cuti atau bekerja ditetapkan minggu depan - Exco
Keputusan sama ada Jumaat pertama 2025 diisytihar cuti atau hari bekerja akan ditetapkan minggu hadapan, susulan perubahan cuti hujung minggu di Johor kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Jan.
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
Ahli ekonomi saran regularisasi penyertaan pekerja asing di bawah Ekonomi Madani
Malaysia pada masa ini tidak memasukkan pekerja asing tanpa dokumen dalam pendapatan per kapitanya.
Ekonomi Madani: Perkasa sektor ekonomi digital, wujud pasaran lebih luas
Ekonomi digital memainkan peranan penting dalam konteks kerangka Ekonomi Madani dan hala tuju masa depan ekonomi negara yang boleh mewujudkan pasaran lebih luas kepada rakyat Malaysia.
Semak undang-undang: Pasukan petugas khas ditubuhkan - Azalina
Satu pasukan petugas khas dicadang untuk ditubuhkan bulan hadapan bagi menyemak hal-hal perundangan terutamanya dalam ruang lingkup pelaburan dan perniagaan.
KPKT garis langkah jamin kesejahteraan rakyat, peniaga selaras Ekonomi Madani
KPKT menyediakan jaminan kerajaan hingga RM5 bilion menerusi penambahbaikan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) sehingga 120 peratus.
Wujudkan agensi tunggal urus TVET menerusi Ekonomi Madani - NUTP
Pelbagai usaha diutarakan bagi memperkasakan TVET sebelum ini, namun hasilnya masih kurang memberangsangkan.
Kebebasan media harus diangkat, diperkasa - PM Anwar
Bagi memberikan rakyat berita dan maklumat yang adil dan benar, kebebasan media harus diangkat dan diperkasakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ekonomi Madani lonjak ekonomi Malaysia, tingkat kualiti hidup rakyat - PM Anwar
Ekonomi Madani, kerangka ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertujuan mengangkat semula ekonomi Malaysia.
RM10 juta untuk mudah cara proses pendaftaran taska, galak ibu kembali bekerja - PM Anwar
Usaha tuntas daripada aspek perundangan dan kawal selia serta program sokongan diperlukan bagi menggalakkan para ibu untuk kembali bekerja seterusnya merapatkan jurang jantina dalam pasaran buruh.
Konsep Payung Rahmah terus diperkukuh, perjuangan Salahuddin pembakar semangat - PM Anwar
Konsep Payung Rahmah akan terus diperkukuh bagi menangani cabaran kos sara hidup, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ekonomi Madani: Kerajaan tumpu usaha tambah baik SSL, tingkat keterjaminan makanan - PM Anwar
Kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha untuk menambah baik Tahap Sara Diri (SSL) serta meningkatkan keterjaminan makanan.