Isu dasar luar dan perniagaan kerajaan Malaysia Baharu menjadi antara fokus pertemuan Tun Dr Mahathir Mohamad bersama beberapa syarikat korporat di sini.
Perdana Menteri berkata, Malaysia kekal dengan prinsip dasar luar iaitu berbaik-baik dengan semua negara.
Jelasnya, para usahawan di Amerika Syarikat juga kagum dengan kejayaan Malaysia berunding dengan China dalam beberapa kontrak yang ditandatangani.
"Umumnya mereka ingin tahu keadaan di Malaysia dan juga dasar-dasar kita. Saya dapat jelaskan bahawa kita masih lagi memegang kepada dasar luar negeri iaitu berbaik dengan semua negara.
"Mereka juga bertanya berkenaan pendapat kita mengenai China. Nampaknya, mereka kagum dengan kebolehan kita kurangkan kos Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sebanyak RM20 bilion," katanya pada sidang media Malaysia di sini pada Sabtu.
Dr Mahathir berada di New York dari 24 hingga 28 Sept bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) Sesi ke-74.
Ujarnya, kejayaan Malaysia berunding dengan China kini menjadi satu galakan kepada negara yang berdepan situasi sama, sekali gus mengurangkan hutang mereka.
Pada lawatan kerja lima hari beliau ke Amerika Syarikat ini, beliau bertemu dengan beberapa syarikat korporat termasuk Motorola dan Google LLC selain menghadiri mesyuarat bersama Anggota Majlis Hubungan Luar (CFR), JP Morgan, Majlis Perniagaan AS-ASEAN dan Dewan Perniagaan AS.
Harits Asyraf Hasnan
Sat Sep 28 2019

Dr Mahathir ketika bercakap dengan media Malaysia di New York pada Sabtu. - fotoBERNAMA

Dua politeknik di Sarawak terima bas dari kerajaan negeri
Dua buah bas diserahkan kepada pengurusan Politeknik Mukah dan Metro Betong sebagai usaha membantu para pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tersebut melakukan tugasan luar kuliah.

Sarawak sedia insentif RM30 juta bantu pelajar bayar tunggakan PTPTN
Kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak telah mengadakan rundingan dengan pihak PTPTN untuk menentukan kaedah pembayaran balik tunggakan kepada PTPTN.

Messi digantung perlawanan selepas terima kad merah pertama di Barcelona
Ia merupakan kad merah ketiga sepanjang karier 17 tahun Messi, di mana dia pernah diarahkan keluar padang sebanyak dua kali sewaktu mewakili Argentina.

COVID-19: Empat pejabat Exco Terengganu di Wisma Darul Iman ditutup 14 hari
Penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dilakukan dalam usaha mengekang penularan wabak tersebut di kawasan berkenaan.

Polis siasat insiden dua remaja kemalangan larikan diri daripada polis
Kedua-dua remaja terbabit dipercayai melanggar lampu isyarat merah sebelum terlanggar sebuah kereta.

Setakat 12 tengahari, mangsa banjir di PPS Serian tinggal 415 orang
Mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Serian setakat jam 12 tengah hari kini hanya tinggal 415 orang melibatkan 124 keluarga.

Penerbit Muzik AS Phil Spector meninggal dunia dalam penjara
Penerbit Muzik Amerika Syarikat Phil Spector meninggal dunia pada usia 81 tahun, ketika menjalani hukuman penjara kerana membunuh. Spector, yang menaikkan muzik pop dengan menemui kaedah rakaman "Wall of Sound" pernah bekerja dengan kumpulan ternama The Beatles, The Righteous Brothers dan Tina Turner.

PKP 2.0 | Benarkan restoran beroperasi selepas 8 malam - Ahli Parlimen pembangkang
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Isnin, mereka berkata ia memandangkan pelanggan tidak dibenarkan makan dalam kedai dan penjualan makanan adalah secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran ke rumah.

Peperiksaan Utama | Guru ambil pendekatan lebih santai tingkat motivasi
Dalam pada itu, Prof Dr Siti Aishah turut menyarankan agar para guru menggunakan pendekatan lebih santai untuk meningkatkan motivasi pelajar terutamanya yang bakal menduduki peperiksaan utama bulan depan.

Banjir | Pasukan tugas khas YPM akan bantu pelajar terjejas akibat banjir
Bagi memastikan tiada pelajar tercicir pasca banjir, Yayasan Pelajara Mara (YPM) menggerakkan satu pasukan petugas bagi membantu mereka terjejas di kawasan di landa musibah banjir. Menurut Pengerusi Eksekutif YPM Datuk Dr Mohd Nizar Sudin, bukan saja bantuan kebajikan disalurkan kepada mangsa banjir tetapi sokongan psikologi juga akan diberikan kepada pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ais krim di China dijangkiti COVID-19
Sebanyak 65 kotak ais krim berkenaan telah dijual.

Vaksin buatan Sinovac: Apa yang kita tahu setakat ini?
Data berkait tahap keberkesanan vaksin yang dinamakan CoronaVac itu dilihat berbeza antara satu sama lain mengikut negara.

COVID-19: Sekatan, penutupan tingkatkan masalah rabun kanak-kanak di China - Kajian
Dalam kalangan kanak-kanak berumur 6, 7 dan 8 tahun, penyelidik mendapati kadar rabun jauh atau myopia lebih tinggi pada tahun 2020 berbanding mana-mana empat tahun sebelumnya.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US
Pada 9.08 pagi, unit tempatan diniagakan tinggi pada 4.0340/0380 berbanding dolar US daripada 4.0370/0420 semasa ditutup semalam.

Thailand minta Sinovac sediakan lebih banyak data ujian klinikal
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA), Thaweesilp Wissanuyothin berkata pertimbangan utama negaranya terhadap vaksin COVID-19 adalah keselamatan dan keberkesanannya.

COVID-19: China lapor kematian pertama dalam tempoh lapan bulan
Sebanyak 138 jangkitan dilaporkan oleh Suruhanjaya Kesihatan Nasional pada Khamis, jumlah paling banyak dalam tempoh sehari sejak Mac tahun lalu.

Vaksin COVID-19: Jokowi terima suntikan pertama Sinovac
Presiden Indonesia, Joko Widodo dijangka akan menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19, Sinovac pada jam 10 pagi waktu tempatan hari ini.

Perjuangan belum selesai, beberapa negara sudah mula laksana semula 'lockdown'
Berikut antara negara yang kembali melaksanakan 'lockdown' untuk membendung penularan COVID-19.

Kos vaksin Sinovac murah kerana dibotolkan dalam negara - Khairy
Kerajaan membayar kos pengeluaran vaksin COVID-19 yang dibangunkan makmal Sinovac dari China dengan harga lebih rendah, berikutan proses pembotolannya dibuat dalam negara.

Pharmaniaga akan keluarkan vaksin COVID-19 Sinovac bermula Mac 2021
Pharmaniaga Bhd memiliki kapasiti untuk mengeluarkan dua juta dos vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh Sinovac Life Sciences Co Ltd dari China setiap bulan bermula Mac tahun ini.