KUALA LUMPUR: Dasar Pandang Ke Timur Malaysia yang termasuk China adalah satu langkah yang bijak dan wajar memandangkan kebangkitan pesat ekonomi kedua terbesar dunia itu, kata Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong).
"Sudah tiba masanya untuk kita memperhalusi dan mengembangkan lagi (dasar itu)," kata presidennya Tan Sri Goh Tian Chuan.
Dasar yang sama dengan Jepun sebagai contoh teladan pertama kali diperkenalkan 41 tahun lalu oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammed pada 1982.
Goh berkata dengan pertumbuhan pesat ekonomi China sejak beberapa dekad lalu yang menyaksikan negara itu mengatasi Jepun sebagai ekonomi kedua terbesar dunia 13 tahun lalu, sudah kena pada masanya untuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memasukkan China ke dalam Dasar Pandang Ke Timur Malaysia.
"Ini amat sesuai, kerana China mengatasi Jepun sebagai ekonomi kedua terbesar dunia sejak 13 tahun lalu dengan Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai ekonomi terbesar dunia. Justeru, bagi mana-mana negara (termasuk Malaysia) untuk mengabaikan kehebatan kuasa ekonomi China adalah satu tindakan diplomatik yang tidak bijak dan tidak berdaya maju dari segi ekonomi," katanya ketika dihubungi Bernama.
Malaysia merupakan negara Asean pertama yang menjalin hubungan diplomatik dengan China pada 1974 dan akan menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik dengan negara itu pada tahun depan.
Justeru, Goh menekankan bahawa ia adalah masa yang sesuai untuk Anwar mengemukakan idea itu.
Anwar, yang juga merupakan menteri kewangan menerusi temu bual bersama akhbar Asahi Shimbun di Tokyo pada 17 Dis lepas berkata bahawa Malaysia, yang telah lama memandang Jepun dan Korea Selatan sebagai model pembangunan ekonomi, kini turut berminat untuk belajar dari China.
"Saya tidak akan mengatakan 'Timur' (dalam dasar ini) bermakna Jepun dan Korea Selatan tanpa China. Sekarang, apabila kita sebut 'Pandang ke Timur,' ia adalah Timur (yang termasuk China)", Anwar dipetik sebagai berkata oleh akhbar Jepun itu.
Era Anwar
Goh berkata sejak Anwar menjadi perdana menteri Malaysia pada November 2022, beliau telah melakukan dua lawatan rasmi ke China pada tahun ini sahaja dan berjaya membawa masuk pelbagai teknologi termaju China dan pelabur yang kukuh dari segi kewangan untuk membuka operasi dan bekerjasama dengan perniagaan Malaysia.
"Saya amat percaya bahawa dengan perkongsian strategik yang kukuh dan stabil dalam era Anwar, hubungan diplomatik antara Malaysia dan China akan berada di kemuncaknya," katanya.
Menurut Goh, lebih ramai pelabur China dijangka melabur di Malaysia berikutan peralihan positif dalam pendirian kerajaan sekarang terhadap pelaburan China, ditambah dengan hubungan dua hala yang lebih erat di bawah kepimpinan Anwar.
Perdagangan dua hala Malaysia-China mencecah rekod tertinggi sebanyak US$203.6 bilion (US$1= RM4.657) pada 2022.
Goh berkata pada masa depan Malaysia boleh meningkatkan kerjasamanya dengan China dalam bidang teknologi termaju, seperti aeroangkasa, automotif, keretapi berkelajuan tinggi, kecerdasan buatan, teknologi dron, e-dagang, logistik dan pembungkusan serta teknologi alam sekitar.
"Sektor lain yang berbaloi untuk menjalin kerjasama termasuklah dalam pendidikan tinggi, sumber manusia, budaya dan pelancongan, yang boleh meningkatkan lagi perdagangan dua hala dan hubungan sosial antara Malaysia dan China," katanya.
Beliau berkata sektor perniagaan Malaysia berharap kerajaan akan dapat terus mengukuhkan lagi hubungan diplomatik dengan China.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 20 2023
Menurut Goh, lebih ramai pelabur China dijangka melabur di Malaysia berikutan peralihan positif dalam pendirian kerajaan sekarang terhadap pelaburan China. - Foto fail/BERNAMA
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Bersediakah Malaysia adaptasi ke arah digital?
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, kerajaan menerusi beberapa kementerian dan agensi kini dalam usaha membantu setiap sektor yang terjejas
Perniagaan lakukan promosi bukan satu isu tetapi... - Noor Hisham
Datuk Dr Noor Hisham menyatakan promosi yang dibuat oleh sektor perniagaan bukanlah satu isu namun isu yang harus dilihat ialah kesesakan semasa pembeli membeli-belah.
Pasca PKP: Impak negatif ke atas ekonomi perlu diminimakan - Pakar
Kerajaan perlu mencari kaedah terbaik dalam memastikan impak negatif kepada ekonomi negara pasca PKP nanti dapat diminimakan.
Hong Kong buka peluang pelaburan kepada Malaysia sejajar Inisiatif Jalur dan Jalan
Perwakilan Perniagaan dan Profesional Hong Kong mengalu alukan Malaysia untuk meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan baharu di wilayah itu sejajar dengan Inisiatif Jalur dan Jalan