awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dasar pendidikan mesti konsisten, untuk semua, bukan individu - PERPEMA

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
12/05/2023
02:40 MYT
Dasar pendidikan mesti konsisten, untuk semua, bukan individu - PERPEMA
Satinah berkata, kerajaan perlu meletakkan sasaran untuk menjadikan sekolah awam sebagai pilihan utama ibu bapa di Malaysia. - Gambar hiasan/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan (KPM) perlu memastikan dasar yang diperkenalkan adalah konsisten dan tidak sekadar memenuhi selera individu.
Presiden Persatuan Pendidikan Malaysia (PERPEMA) dan Prof Adjung University of Cyberjaya (UOC) Datuk Satinah Syed Saleh berkata, KPM juga perlu terbuka menerima sumbang saran daripada pihak swasta.
“Kita perlu buang halangan-halangan yang ada untuk kita bekerja demi anak-anak kita. Kita semua akan pencen, yang bekerja di Kementerian Pendidikan akan hilang kuasa. Saya sangat sedih apabila cikgu-cikgu selalu dipersalahkan.
"Dasar kita mesti konsisten, tidak perlu pentingkan individu. Sebaliknya, beri manfaat kepada semua. Saya tahu banyak pihak swasta yang ingin membantu di sekolah tetapi tidak diterima dengan baik,” katanya dalam program Dialog Tiga Penjuru terbitan Astro AWANI.
Selain itu, Satinah berkata, kerajaan perlu meletakkan sasaran untuk menjadikan sekolah awam sebagai pilihan utama ibu bapa di Malaysia.
Dalam masa yang sama, demi pembangunan sistem pendidikan yang holistik, kementerian tidak wajar mengabaikan pembangunan sekolah-sekolah swasta, katanya.
“Kita mesti ada sasaran bila kita mahu sekolah kerajaan ini menjadi sekolah pilihan. Kita perlu bekerjasama dan kita jangan anggap sekolah swasta ini sebagai pesaing.
"Semasa saya menjadi Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta, setiap kali saya mahu bentangkan kertas cadangan dasar pendidikan swasta, saya akan dapat giliran paling akhir dalam slot pengurusan.
"Maknanya, mereka tidak meletakkan kepentingan kepada sekolah swasta ini, yang membawa pendapatan tinggi kepada negara,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#pendidikan
#Dialog Tiga Penjuru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan