Dasar Rahmatan Lil Alamin yang akan dilaksanakan kerajaan akan berpaksikan model Malaysia yang turut mengambil kira pelbagai aspek, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.
Beliau berkata, antara aspek yang turut merangkumi kepada penggubalan dasar berkenaan ialah Perlembagaan Persekutuan, kepelbagaian kaum, adat dan tradisi serta demokrasi Parlimen.
"Turut diambil kira ialah isu yang mempengaruhi amalan Islam dalam konteks amalan yang negatif dari luar. Sebab itu model Malaysia itu meletakkan definisi macam mana yang akan menentukan dasar itu berpandukan kepada realiti.
"Ia akan menentukan apakah dasar yang sesuai kita amalkan tanpa kita hilang prinsip. Ia amat anjal mengikut konteks tempatan tapi selagi ia tidak bercanggah dengan prinsiplah," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas sesi Town Hall Maqasid Syariah Peringkat Negeri Sembilan 2019 di sini, pada Selasa.
Program berkenaan dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Mohamad Nordin Ibrahim, barisan Exco Kerajaan Negeri dan 300 peserta terdiri daripada pegawai kerajaan.
Negeri Sembilan adalah negeri terakhir daripada enam buah negeri yang telah dilaksanakan sesi Town Hall mengenai Maqasid Syariah, bagi tahun ini.
Mengulas mengenai maklumbalas daripada orang bukan Islam yang turut menghadirinya, Mujahid berkata ia sangat memberangsangkan malah ada di antara mereka telah faham mengenai falsafah di sebalik dasar itu, yang akan dirasmikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Terdahulu, Mujahid dalam sesi penjelasan menyatakan bahawa dasar berkenaan dirangka dengan baik dan menyeluruh, adalah kesinambungan daripada dasar terdahulu seperti Islam Hadhari dan Wasatiyyah.
"Dasar hari ini dasar yang kita namakan dasar Rahmah, lahir bukan sahaja kerana keperluan dalam negara bahkan global. Hari ini Islam berada dalam dua persepsi ekstrem iaitu satu radikal agama dan satu lagi Islamophobia, yang lihat apa sahaja berkaitan Islam adalah negatif.
"Maka atas perkara itu, maka kita lahirkan idea Rahmatan Lil Alamin. (Dasar) Dahulu ada juga maqasid dan saya teliti maqasid itu dipanggil indeks sahaja, tetapi hari ini kami meletakkan maqasid bukan dalam konteks indeks semata-mata, tetapi maqasid sebagai kerangka berfikir untuk memastikan keputusan yang kita buat bersesuaian dengan kesan kepada masyarakat yang ada dalam Malaysia," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mujahid ketika diminta mengulas mengenai isu yang tular dalam media sosial mengenai Pertandingan Debat Piala Tun Razak 2019 yang didakwa tajuk yang diperdebatkan itu tidak menjaga sensitiviti Islam berkata, beliau akan mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Pendidikan berhubung perkara itu.
"Jadi saya perlu mendapatkan penjelasan lanjut daripada Kementerian Pendidikan sebab itu bawah Persekutuan, (sama ada) benar atau tidak adanya tajuk itu untuk didebat, kerana kalau ada sudah tentulah mana boleh homoseksual diterima oleh Islam.
"Daripada banyak-banyak tajuk, kenapalah itu yang dipilih. Saya tidak akan membuat apa-apa komen sehingga Menteri Pendidikan (Dr Maszlee Malik) sendiri yang akan teliti perkara itu," katanya.
Pada Selasa, Presiden Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dilapor telah menggesa Kementerian Pendidikan mengambil tindakan terhadap penganjur Pertandingan Debat Piala Tun Razak 2019 dengan kadar segera sebagai satu bentuk pengajaran kerana tidak menjaga sensitiviti beragama di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 16 2019
![Dasar Rahmatan Lil Alamin berpaksi kepada model Malaysia - Mujahid Dasar Rahmatan Lil Alamin berpaksi kepada model Malaysia - Mujahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/81571188087_TBMUJAHID.jpg)
Mujahid menyampaikan penjelasan kepada hadirin pada program Penjelasan Maqasid Syariah peringkat negeri di Seremban, 15 Okt, 2019. --fotoBERNAMA
![Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722059187_MuhammadAlifMonjan.jpg)
Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN
Anggota polis yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah akan dikenakan tindakan tahan kerja.
Tanah runtuh: Lebih 250 maut, Ethiopia berkabung tiga hari
Parlimen Habsyah mengumumkan tempoh berkabung tiga hari bermula hari in susulan tragedi tanah runtuh di selatan negara itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
![KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722055391_moukprjterengganu.jpg)
KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai memorandum persefahaman.
![Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722057242_tbFirefightersOreg.jpg)
Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island
Kebakaran hutan besar di negeri Oregon, telah merebak kira-kira 600 batu persegi (1,554 km persegi), yang saiznya melebihi separuh daripada keluasan tanah Rhode Island.
![Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi' Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721815858_dasarlaut.jpg)
Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'
LAUT menjadi antara penghasil oksigen paling banyak di atmosfera. Selama ini saintis percaya oksigen ini dihasilkan oleh tumbuhan laut menerusi proses fotosintesis.
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
![Tanabalan tiba di Madinah selepas 40 hari kembara motosikal Tanabalan tiba di Madinah selepas 40 hari kembara motosikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714296549_TBMADINAHMOTOSIKAL.jpg)
Tanabalan tiba di Madinah selepas 40 hari kembara motosikal
Tanabalan selamat tiba di Madinah pada Sabtu selepas memulakan kembara pada 20 Mac lepas.
![PM dukung titah Sultan Selangor bukan Islam jangan campuri urusan Islam PM dukung titah Sultan Selangor bukan Islam jangan campuri urusan Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703897828_TBAnwaribrahimso.jpg)
PM dukung titah Sultan Selangor bukan Islam jangan campuri urusan Islam
Namun, sekiranya perlu, bukan Islam boleh menulis kepada MKI untuk meleraikan sebarang kemusykilan dengan baik.
![Rang Undang-undang sekat sebar agama lain kepada orang Islam sedang diusahakan Rang Undang-undang sekat sebar agama lain kepada orang Islam sedang diusahakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699341192_MohdNaimMokhtar.jpg)
Rang Undang-undang sekat sebar agama lain kepada orang Islam sedang diusahakan
Rang Undang-undang (RUU) Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Doktrin atau Kepercayaan Agama Dalam Kalangan Orang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) dijangka akan dibentangkan tahun depan.
![Melaka nafi ada campur tangan bukan Islam dalam pelantikan jawatankuasa masjid Melaka nafi ada campur tangan bukan Islam dalam pelantikan jawatankuasa masjid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699336415_RahmadMariman.jpg)
Melaka nafi ada campur tangan bukan Islam dalam pelantikan jawatankuasa masjid
Pihak kerajaan negeri menafikan urusan umat Islam terutama melibatkan pelantikan jawatankuasa surau dan masjid, akan dicampur tangan oleh bukan Islam.
![Akta 164 bolehkan Menteri Dalam Negeri daftar perkahwinan pasangan bukan Islam - JPN Akta 164 bolehkan Menteri Dalam Negeri daftar perkahwinan pasangan bukan Islam - JPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698227134_JPN.jpg)
Akta 164 bolehkan Menteri Dalam Negeri daftar perkahwinan pasangan bukan Islam - JPN
Jabatan Pendaftaran Negara berkata bahawa Menteri Dalam Negeri boleh melakukan pendaftaran perkahwinan pasangan bukan Islam.
![Muktamar Pas: Penyatuan ummah tak jejas hak bukan Melayu - Abdul Hadi Muktamar Pas: Penyatuan ummah tak jejas hak bukan Melayu - Abdul Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51693134884_HadiAwang.jpg)
Muktamar Pas: Penyatuan ummah tak jejas hak bukan Melayu - Abdul Hadi
Ini termasuk, katanya mengajak orang bukan Islam yang tidak ekstrem mengikut acuan Sirah Nabawiyah.
![Terengganu tak halang atlet bukan Islam sertai gimnastik, gimrama Terengganu tak halang atlet bukan Islam sertai gimnastik, gimrama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696574989_GymnastGeneric.jpg)
Terengganu tak halang atlet bukan Islam sertai gimnastik, gimrama
Pakaian patuh syariah tidak tertakluk kepada atlet bukan Islam di negeri ini sebaliknya garis panduan tersebut hanya melibatkan atlet Muslim.
![Rasuah pengurusan mayat, kakitangan perubatan direman 6 hari Rasuah pengurusan mayat, kakitangan perubatan direman 6 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695708043_kakitanganperubatan.jpg)
Rasuah pengurusan mayat, kakitangan perubatan direman 6 hari
Dua kakitangan perubatan awam direman enam hari bagi membantu siasatan dakwaan menerima rasuah sebagai balasan menawarkan kerja pengurusan mayat bukan Islam.
![Hadis 40: Jangan hanya baca terjemahan - Ustaz Kazim Hadis 40: Jangan hanya baca terjemahan - Ustaz Kazim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694244705_UstazKazim.jpg)
Hadis 40: Jangan hanya baca terjemahan - Ustaz Kazim
Mana-mana pihak tidak seharusnya menilai pengajaran Hadis 40 Imam Nawawi hanya berdasarkan terjemahan semata-mata tanpa memahami maksud sebenar yang ingin disampaikan.
![Bukan Islam campuri isu pengajian 40 hadis melampau - PPIM Bukan Islam campuri isu pengajian 40 hadis melampau - PPIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41650104558_DatukNadzimJohan.jpg)
Bukan Islam campuri isu pengajian 40 hadis melampau - PPIM
PPIM menggesa pihak berkuasa menyiasat semua kenyataan media dibuat mengenai isu pengajian 40 hadis yang disifatkan semakin melampau.