KUALA LUMPUR: Dasar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara dijangka akan dilancarkan pada bulan Jun tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata rangka dasar berkenaan akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan kelulusan.
"Ia bukan satu dasar baharu tetapi penyelarasan aktiviti pendidikan TVET antara 12 kementerian dan pelarasan kepada 1,344 institusi TVET di seluruh negara.
"Kerajaan dan pihak swasta harus berkolaborasi, itulah sebabnya Kementerian Pendidikan Tinggi dan Persatuan Pengilang-Pengilang Malaysia menjalin usahasama dengan lebih 10,000 syarikat, dengan semua peserta TVET yang menamatkan kursus terus diserap masuk untuk bekerja di syarikat-syarikat berdaftar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran inisiatif mynext TVET dan Pertukaran Dokumen Memorandum Kerjasama (MoC) Transformasi TVET antara kerajaan dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta, sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini pada Jumaat.
Ahmad Zahid juga menyarankan agar semua 1,344 institusi TVET di negara ini melaksanakan anjakan dengan kaedah 30 peratus pembelajaran di kelas, manakala 70 peratus di makmal, bengkel atau 'on-the-job training' agar pelajar dapat menimba pengetahuan atau pendedahan di peringkat awal.
"Saya merasakan ini satu pendekatan untuk menentukan agar pasaran lulusan daripada institusi TVET ini akan lebih diterima oleh syarikat-syarikat, GLC dan syarikat multinasional yang memerlukan tenaga mahir," katanya.
Inisiatif mynext TVET, platform dalam talian yang dibangunkan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) memberi fokus utama kepada pembentukan sistem maklumat pengurusan bakat TVET secara bersepadu dan efisien.
Berperanan sebagai instrumen profiling psikometrik dalam talian, mynext TVET dibangunkan untuk menjadi pengkalan data bakat TVET di negara ini dan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh kerajaan bagi merangka pelan intervensi strategik berdasarkan bukti data dan analitik secara menyeluruh.
Pada majlis berkenaan19 MoC antara kerajaan dengan GLC dan syarikat swasta dimeterai berdasarkan kesesuaian bidang serta skop yang dipersetujui secara bersama dalam usaha membuka ruang kerjasama erat bersama pihak industri.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 08 2023
Zahid berkata, rangka dasar berkenaan akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan kelulusan. - Foto BERNAMA
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Dasar TVET Negara akan dibawa ke Kabinet, dilancarkan Jun 2024
Rangka dasar berkenaan akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan kelulusan.