awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia sapu bersih acara beregu, cipta sejarah luar biasa di Indonesia
Penduduk berpaut pada pokok ketika “banjir terburuk" melanda Mozambique
23 motosikal berkuasa tinggi sertai konvoi promosi TMM2026 di Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DASH dibina ikut spesifikasi, PROLINTAS tambah langkah keselamatan

Bernama
Bernama
24/08/2025
22:00 MYT
DASH dibina ikut spesifikasi, PROLINTAS tambah langkah keselamatan
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan bahawa reka bentuk lebuh raya itu telah memenuhi semua keperluan keselamatan yang ditetapkan.
KUALA LUMPUR: Struktur Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), termasuk di bahagian selekoh bertingkat, dibina mengikut spesifikasi yang diluluskan pihak berkuasa dan disahkan oleh jurutera bertauliah.
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan, reka bentuk lebuh raya itu telah memenuhi semua keperluan keselamatan yang ditetapkan.
"Walaupun reka bentuk lebuh raya ini telah memenuhi semua keperluan keselamatan, kami telah mengambil langkah proaktif seperti pemasangan papan tanda amaran tambahan di lokasi strategik, mempertingkat hebahan kesedaran awam serta merancang pemasangan pagar tambahan bagi meningkatkan lagi aspek keselamatan," menurut kenyataan itu.
Menurut PROLINTAS, pihaknya mengambil maklum dua insiden kemalangan motosikal yang berlaku baru-baru ini.
Syarikat itu turut menasihati pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi had laju ditetapkan dan memandu dengan berhemah terutama di bahagian lebuh raya yang bertingkat serta berselekoh.
"PROLINTAS juga telah menyerahkan semua bukti berkaitan termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan," menurut kenyataan itu.
Semalam, seorang pelajar lelaki kolej swasta berusia 19 tahun maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas sebelum terjatuh dari struktur bertingkat DASH pada ketinggian 21 meter di susur 1/B 0.5 pada kira-kira 10.40 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DASH
#PROLINTAS
#Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam
#dibina ikut spesifikasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan