awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Datuk Bandar wanita pertama Pulau Pinang meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
24/03/2023
10:00 MYT
Datuk Bandar wanita pertama Pulau Pinang meninggal dunia
Datuk Bandar wanita pertama Pulau Pinang, Datuk Patahiyah Ismail meninggal dunia semalam pada usia 68 tahun. -Facebook Chow Kon Yeow
KUALA LUMPUR: Datuk bandar wanita pertama Pulau Pinang, Datuk Patahiyah Ismail meninggal dunia semalam pada usia 68 tahun.
Berita sedih itu dikongsi oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow di laman Facebooknya pada Khamis.
Menurut beliau, jasa Patahiyah kepada negeri itu amat dihargai dan tiada silih ganti.
"Bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga mantan Datuk Bandar bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Datuk Patahiyah Ismail.
"Saya berharap agar seluruh ahli keluarga, kenalan dan rakan Allahyarhamah bersabar serta tabah dalam menghadapi kehilangan insan yang disayangi.
"Bakti dan jasa Allahyarham kepada negeri Pulau Pinang adalah amat dihargai dan tiada silih gantinya," katanya dalam kemas kini tersebut.
Sementara itu, Datuk Bandar Pulau Pinang, Yew Tung Seang turut mengucapkan takziah dan berterima kasih kerana berpeluang bekerjasama dengan Allahyarham Patahiyah.
“Arwah bukan saja datuk bandar pertama bagi MBPP, beliau juga bos saya semasa kami bertugas di Jabatan Kawalan Bangunan.
“Saya berasa syukur dan berterima kasih atas segala tunjuk ajar arwah. Segala bakti dan jasa Patahiyah kepada MBPP dan Pulau Pinang tidak pernah dilupai,” tulisnya di Facebook.
Patahiyah dilantik sebagai datuk bandar pada 2015 selepas Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan Pulau Pinang sebagai bandaraya.
Beliau juga wanita pertama dilantik mengetuai Majlis Perbandaran Pulau Pinang pada 2010.
Topic Berkaitan
#Chow Kon Yeow
#Patahiyah Ismail
#Datuk bandar wanita pertama Pulau Pinang
#yew tung seang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan