awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Datuk, dua cucu cedera kereta dipandu rempuh stesen minyak

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
12/06/2023
00:15 MYT
Datuk, dua cucu cedera kereta dipandu rempuh stesen minyak
Warga emas tertekan pedal minyak semasa kereta memasuki gear D, mengakibatkan ia terbabas sebelum merempuh kedai serbaneka stesen minyak di Jalan Bukit Rambai, Melaka Tengah, semalam. - Foto ihsan PDRM
MELAKA TENGAH: Dua kanak-kanak cedera selepas kereta dipandu datuk mereka merempuh kedai serbaneka di sebuah stesen minyak di Jalan Bukit Rambai, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata, kejadian kira-kira pukul 7 malam itu berlaku selepas lelaki berusia 69 tahun itu selesai mengisi minyak kereta, yang dinaiki bersama dua cucunya berusia 13 dan 12 tahun.
“Selesai sahaja mengisi minyak, warga emas itu secara tiba-tiba tertekan pedal minyak semasa memasuki gear D, mengakibatkan kereta jenis Hyundai Sonata dipandunya terbabas sebelum merempuh kedai serbaneka stesen minyak berkenaan.
“Tiga beranak itu bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan dan kejadian itu tidak melibatkan pelanggan lain mahupun pekerja di situ,” katanya ketika dihubungi.
Akibat pelanggaran itu juga, kata Christopher, sebanyak lima keping panel pintu kaca telah pecah.
“Mangsa dibawa ke hospital oleh anaknya yang tiba di tempat kejadian selepas itu.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (1987)," tambahnya.
Topic Berkaitan
#warga emas
#kereta rempuh kedai serbaneka
#Jalan Bukit Rambai
#stesen minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan