awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Datuk Idris Haron lepas jawatan Pengerusi SPNB

Bernama
Bernama
20/05/2013
10:45 MYT
Datuk Idris Haron lepas jawatan Pengerusi SPNB
Datuk Idris Haron hari ini mengumumkan telah melepaskan jawatan selaku Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) berkuat kuasa 15 Mei lepas.
Beliau yang memegang jawatan itu selama lebih tiga tahun, berkata keputusan berkenaan dibuat bagi membolehkannya menumpukan tugas sebagai Ketua Menteri Melaka.
"Tugas ketua menteri memerlukan penumpuan yang lebih terhadap rakyat dan memajukan negeri Melaka, elok dilepaskan (Pengerusi SPNB) memandangkan masa dan tugas yang berat," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Katanya langkah itu juga bagi memberi peluang kepada muka baharu untuk memegang jawatan tersebut dan memberi idea baharu dalam memacu SPNB ke tahap lebih cemerlang.
Idris yang sebelum ini Anggota Parlimen Tangga Batu, dilantik sebagai Pengerusi SPNB berkuatkuasa pada 1 Apr 2010 menggantikan Senator Datuk Azlan Osman.
Pada pilihan raya umum ke-13 lepas, Idris bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Udang dan menewaskan calon PKR Asri Buang dengan majoriti 9,136 undi.
Beliau mengangkat sumpah Ketua Menteri Melaka ke-10 pada 7 Mei lepas menggantikan Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang memegang jawatan itu selama 13 tahun.
Topic Berkaitan
#Datuk Idris Haron
#Ketua Menteri Melaka
#SPNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan