awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Datuk, rakan serang pelanggan restoran didakwa hari ini

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
20/01/2021
22:12 MYT
Datuk, rakan serang pelanggan restoran didakwa hari ini
Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan rakannya yang terlibat menyerang pelanggan sebuah restoran di Tropicana Avenue, Damansara pada 12 Januari lalu akan didakwa di mahkamah hari ini. -Video tular
KUALA LUMPUR:Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan rakannya yang terlibat menyerang pelanggan sebuah restoran di Tropicana Avenue, Damansara pada 12 Januari lalu akan didakwa di mahkamah hari ini.
Kedua-dua suspek akan dituduh di Mahkamah Petaling Jaya jam 9 pagi ini atas dakwaan sengaja menyebabkan kecederaan dan perbuatan khianat.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, kertas siasatan kes dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri dengan beberapa cadangan pertuduhan daripada pihak polis.
“Pertuduhan dipersetujui untuk kesalahan jenayah mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera dan Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana melakukan suatu mudarat awam.
“Mereka akan turut dituduh mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat,” katanya dalam satu kenyataan, pada lewat malam Rabu.
Satu rakaman video menunjukkan kekecohan di sebuah restoran di Tropicana Avenue membabitkan kejadian itu, tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, sebelum ini dilaporkan berkata, suspek dan rakannya dipercayai dalam keadaan mabuk membuat bising dalam restoran.
Suspek dikatakan berang selepas ditegur seorang pelanggan supaya tidak membuat bising dan menyerang mangsa serta pasangannya.
Kedua-dua suspek ditahan pada 14 Januari lalu dan direman dua hari untuk membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#serang pelanggan restoran
#datuk didakwa
#Tropicana Avenue
#Fadzil Ahmat
#perbuatan khianat
#Mahkamah Petaling Jaya
#pukul pelanggan
#tampar pelanggan
#restoran di Tropicana Avenue
#Nik Ezanee Mohd Faisal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan