Bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir di ibu kota, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat persiapan rapi dengan mengaktifkan operasi bilik gerakan banjirnya untuk memantau serta menyelaras usaha menyelamat sekiranya banjir berlaku.
Menurut Ketua Pengarah DBKL, Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz, persiapan logistik juga dilakukan secara bersepadu dengan agensi-agensi berkaitan bagi menghadapi bencana banjir.
Pihaknya turut mengenal pasti beberapa dewan dan sekolah di sekitar Kuala Lumpur yang boleh dijadikan pusat penempatan sementara kepada mangsa banjir.
“Kita telah menyenarai dewan sekolah yang dijadikan tempat penempatan jika berlaku banjir kita telah senaraikan dan kita juga telah menyelaras dengan JKM untuk bantuan kemanusiaan begitu juga menyelaras perjalanan kawalan lalu lintas kalau banjir,” kata Mohd Amin Nordin.
Jelas beliau, jika berlaku hujan lebat, banjir kilat mungkin tidak dapat dielakkan biarpun system perparitan teratur.
Apabila intensiti hujan tinggi, kita tak dapat elak, tak kira banyak longkang parit tidak dapat menampung bila air sungai tinggi, backflow (limpahan balik) air tidak dapat mengalir ke sungai di beberapa kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan rendah,” katanya lagi.
Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan banjir kilat di Kuala Lumpur baru-baru ini berpunca daripada projek-projek pembangunan yang banyak dijalankan di beberapa lokasi sekitar ibu negara.
Hujan lebat sejak beberapa hari lalu menyaksikan banjir kilat berlaku di beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur mengakibatkan ribuan warga kota terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
Sementara itu, Alam Flora Sdn Bhd juga menyediakan satu pasukan operasi dalam keadaan bersiap sedia setiap hari bagi menghadapi banjir.
Ia bagi membolehkan tindakan pantas diambil bagi mengatasi sebarang masalah berkaitan sekatan pada sistem aliran di longkang dan parit yang boleh mengakibatkan banjir akibat hujan lebat.
Menurut Ketua Pegawai Ekselutif Alam Flora, Mohd Zain Hassan, pihaknya membuat persediaan awal dengan meletakkan seramai 23 orang pekerja pembersihan dan dua pegawai operasinya di kawasan-kawasan berisiko banjir, khususnya di tapak-tapak pembinaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Di samping itu, Alam Flora turut menyediakan empat mesin semburan bertekanan tinggi bagi membersih sekatan pasir, tanah atau sampah akibat banjir di parit-parit.
Alam Flora akan memberi tumpuan beberapa kawasan tapak pembinaan termasuk persimpangan Jalan Sultan Ismail, Jalan Pudu dan Jalan Tun Razak.
Selain itu, kawasan lain yang sering dilanda banjir turut diberi perhatian, termasuk di Jalan Khidmat Usaha, Jalan Segambut, Jalan Kuching dan Jalan Ipoh.
Orang ramai terutamanya warga Kuala Lumpur juga diseru mengamalkan cara pembuangan sisa dengan betul serta mengikut peraturan ditetapkan bagi membantu mengurangkan berlakunya banjir ketika musim hujan.
Ini kerana amalan membuang sisa ke dalam longkang akan mengakibatkan ia tersumbat dan menjejaskan sistem aliran air sehingga boleh menyebabkan banjir kilat di ibu negara.
Tan Su Lin
Sat Oct 04 2014
DBKL membuat persiapan rapi dengan mengaktifkan operasi bilik gerakan untuk memantau serta menyelaras usaha menyelamat ketika banjir. -Gambar fail
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.
Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
Banjir di Kelantan pulih, PPS terakhir ditutup petang ini
PPS Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1 yang menempatkan 41 orang ditutup sekitar 5 petang tadi.
Kebersihan Bandaraya Diraja Klang: Selangor terima teguran Sultan Sharafuddin
Kerajaan Selangor menerima dengan hati terbuka teguran Sultan Sharafuddin yang menzahirkan keprihatinan berhubung tahap kebersihan di Bandaraya Diraja Klang.
Mangsa banjir di Pantai Timur meningkat, Perak, Johor kekal
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan berterusan di beberapa negeri sehingga esok, termasuk Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, dan Terengganu.
Semakin ramai mangsa banjir di Pantai Timur, Johor ditempatkan di PPS
Situasi banjir di Pantai Timur dan Johor bertambah buruk malam ini apabila semakin ramai mangsa ditempatkan di PPS.
Cadangan bina PPK langkah proaktif hadapi bencana - Timbalan Premier
Pembinaan pusat pemindahan kekal (PPK) terutamanya di kawasan berisiko banjir merupakan langkah proaktif kerajaan dalam menghadapi bencana.
PDRM siap sedia hadapi gelombang banjir seterusnya - Ayob Khan
PDRM bersiap siaga bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Amaran hujan lebat tahap buruk, waspada di enam negeri
Hujan berterusan tahap waspada sehingga Khamis ini dijangka berlaku di seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah.