awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKL ambil sampel, elak keracunan makanan di bazar Ramadan

Sinar Harian
Sinar Harian
23/03/2023
11:01 MYT
DBKL ambil sampel, elak keracunan makanan di bazar Ramadan
Mahadi (dua dari kiri) melancarkan Kempen Keselamatan Makanan dan Sifar Plastik Sekali Guna Bazar Ramadan 2023 di Taman Tasik Permaisuri pada Khamis. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil sampel makanan secara rawak di 62 bazar Ramadan seluruh Kuala Lumpur secara berjadual bagi menjamin keselamatan dan kesihatan pengguna.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata, pemeriksaan dan pemantauan sepanjang Ramadan itu akan mendapat kerjasama daripada Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Menurutnya, sebanyak 120 sampel makanan disasarkan untuk diambil setiap hari dan dihantar ke Pusat Analisis dan Sekuriti Makanan DBKL (FoSAC) bagi tujuan analisis.
"Pengambilan sampel juga akan dilaksanakan sekiranya terdapat aduan atau kes keracunan makanan.
"Sekiranya terdapat sebarang pencemaran, kompaun akan dikeluarkan kepada penjaja terbabit," katanya pada Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2023 di Taman Tasik Permaisuri di sini pada Khamis.
Katanya, antara tindakan penguatkuasaan yang akan diambil ialah menyenarai hitam penjaja dan tidak dibenarkan untuk mendapat lesen pada tahun hadapan
"Tindakan itu adalah di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Petempatan Makanan 2016, UUK Pengendali Makanan 1979, Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2019," katanya.
Ujarnya, untuk rekod terdapat 19.1 peratus pencemaran sampel makanan di bazar Ramadan dikesan pada tahun lepas.
"Jumlah berkenaan menunjukkan penurunan berbanding 20.4 peratus pada 2021 dan 31.9 peratus pada 2019
"Ini menunjukkan operasi seumpama ini sangat berkesan bagi mengawal kualiti dan keselamatan makanan yang dijual di bazar Ramadan," katanya.
Pada program sama turut dilancarkan Sifar Plastik Sekali Guna yang merupakan kesinambungan larangan dan penguatkuasaan penggunaan beg plastik, straw plastik dan bekas polistirena yang telah dikuat kuasa di Wilayah Persekutuan sejak 2017.
Menerusi kempen tersebut, pengguna digalak untuk membawa sendiri bekas dan beg guna semula semasa membeli-belah.
Larangan dan tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan terhadap penjaja yang menjual barangan dan menggunakan beg plastik, straw plastik dan bekas polistirena. -Sinar Harian
Ikuti artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#Bazar Ramadan
#keracunan makanan
#DBKL
#Puasa 2023
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan