awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKL arah henti penganjuran Havoc Food Festival di Setapak

Bernama
Bernama
11/01/2025
05:30 MYT
DBKL arah henti penganjuran Havoc Food Festival di Setapak
Nik Nazmi memaklumkan arahan itu dikeluarkan oleh DBKL kerana penganjurannya tidak mendapat lesen hiburan semasa daripada pihak berkuasa tempatan berkenaan. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Penganjuran Karnival Havoc Food Festival yang diadakan di tempat letak kereta Sama Square di Setapak sejak 9 Jan dan dijangka tamat esok (12 Jan), diarah dihentikan bermula hari ini, kata Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad.
Nik Nazmi menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan arahan itu dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana penganjurannya tidak mendapat lesen hiburan semasa daripada pihak berkuasa tempatan berkenaan.
"Susulan kesesakan lalu lintas melampau yang telah mengganggu penduduk di kawasan terbabit,pejabat saya telah menyusuli dengan tindakan kepada pihak berkuasa," katanya.
Nik Nazmi yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam turut memaklumkan bahawa permohonan penganjur untuk mendapatkan lesen bagi mengadakan festival itu sebelum ini telah ditolak sebanyak dua kali disebabkan permohonan lewat dan aduan daripada penduduk setempat berkaitan masalah lalu lintas.
"Pihak penganjur diingatkan untuk tidak mengulangi kesalahan terbabit dan mengambil maklumsituasi penduduk setempat sebelum menganjurkan apa-apa acara yang boleh mengganggu orangawam," katanya.
Tular di media sosial sejak 9 Jan lepas apabila rata-rata penduduk di sekitar kawasan itu meluahkan reaksi negatif kerana terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas hampir dua jam yang berpunca daripada penganjuran karnival berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Havoc Food Festival
#Setapak
#DBKL
#kesesakan melampau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan