awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKL arah pintu jeriji halang laluan pejalan kaki dicabut

Sinar Harian
Sinar Harian
12/01/2024
22:45 MYT
DBKL arah pintu jeriji halang laluan pejalan kaki dicabut
Pintu jeriji yang dipasang pada laluan pejalan kaki unit. - Foto tular
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan pengurusan Flat Wangsa Maju Seksyen 2 mengambil tindakan berhubung aduan pemasangan pintu jeriji yang menghalang laluan pejalan kaki.
DBKL menerusi kenyataan berkata, surat arahan tersebut dikeluarkan selepas pemeriksaan dilakukan DBKL melalui Pesuruhjaya Bangunan Kuala Lumpur (COBKL) pada Selasa.
"Didapati terdapat beberapa unit melakukan pengubahsuaian tidak hanya pemasangan pintu jeriji tetapi terdapat juga melibatkan tambahan struktur.
"COBKL telah mengeluarkan surat kepada pengurusan kediaman supaya mengambil tindakan kepada pemilik petak agar mengembalikan semula pengubahsuaian itu kepada bentuk asal," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Kenyataan itu menjelaskan, penguatkuasaan adalah di bawah bidang kuasa pihak pengurusan bangunan selaras dengan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).
"Di bawah seksyen 59 (1) Akta 757 telah menyatakan bahawa kewajipan pengurusan adlaah menyenggara dan mengurus dengan sepatutnya bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama, dan menjaganya dalam keadaan yang baik, " ujar kenyataan itu.
Sebelum ini tular gambar keadaan laluan pejalan kaki dipasang jeriji dengan sekurang-kurangnya satu pintu dipasang di setiap tingkat pada bangunan empat tingkat itu.
Situasi tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk yang meluahkan kemarahan dengan menconteng dinding berhampiran, meminta pelaku untuk mencabut struktur tambahan itu.
Malah perkongsian masalah itu di media sosial turut menarik perhatian netizen yang melabel pelaku bersikap pentingkan diri selain sindiran duduk di flat tetapi selera seperti tinggal di kondominium. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#DBKL
#Flat Wanga Maju Seksyen 2
#halang laluan pejalan kaki
#pinti jeriji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan