KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang untuk menutup Jalan Tuanku Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai Jalan TAR, untuk kegunaan kenderaan pada setiap Ahad bermula 28 Sept.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata cadangan itu bagi menggalakkan budaya berjalan kaki dalam kalangan warga kota dan DBKL sedang melakukan sesi libat urus dengan pihak di kawasan terbabit bagi membolehkan penutupan jalan itu direalisasikan.
"Kami hendak tutup Jalan TAR dari simpang Jalan Esfahan sehingga ke Jalan Tun Perak bermula 6 pagi sehingga 12 tengah malam untuk rakyat membudayakan amalan berjalan kaki," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkenaan usaha menaik taraf infrastruktur pejalan kaki di Kuala Lumpur dan pembudayaan amalan berjalan kaki dalam kalangan warga kota.
Jaluluddin berkata pelbagai program pengisian turut dirancang untuk dilaksanakan sepanjang penutupan jalan itu termasuk persembahan pemuzik jalanan (buskers), persembahan seni kreatif serta program sukan tradisional.
NEGARA-JALAN TAR 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Selain itu, beliau berkata DBKL juga sedang meneliti cadangan untuk melaksanakan perkara yang sama di persimpangan Jalan Pudu sehingga ke persimpangan Jalan Bukit Bintang.
Berkenaan projek menaik taraf infrastruktur laluan pejalan kaki, Jalaluddin berkata 23 kawasan dikenal pasti sebagai berpotensi untuk dinaik taraf.
"Projek tersebut dirancang supaya ia mempunyai satu jaringan yang lengkap dan apabila ia siap kelak akan memberikan imej baharu atau penjenamaan semula kepada kawasan yang terlibat dan secara tidak langsung boleh dijadikan tarikan pelancongan," katanya.
Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Seri Zurainah Musa berkenaan langkah diambil DBKL untuk menjamin keselamatan pejalan kaki, Jalaluddin berkata kira-kira 5,000 kamera litar tertutup (CCTV) telah dipasang di seluruh bandar raya dengan 2,062 daripadanya tertumpu kepada laluan pejalan kaki, selain 250 petugas penguat kuasa menjalankan rondaan dari semasa ke semasa.
"Jangan risau, keselamatan anda dijamin. Galakkanlah amalan berjalan kaki," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 11 2022
DBKL sedang melakukan sesi libat urus dengan pihak di kawasan terbabit bagi membolehkan penutupan jalan itu direalisasikan. - Gambar fail/Astro AWANI
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Op Khas Pagar Laut: APMM rekod 121 tangkapan, rampasan bernilai RM9 juta
Sebanyak 121 tangkapan melibatkan 145 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan bernilai RM9 juta berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.
AWANI Tonight: 23rd April 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
10 Berita Pilihan - (23 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Buletin AWANI Khas: Siasatan nahas helikopter TLDM, apa perlu kita tahu?
AWANI Ringkas: Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
31 penjaja guna siar kaki pasar raya, berniaga tanpa lesen
Aktiviti penjajaan di kawasan itu bermula apabila penjaja dalam bangunan pasar raya berkenaan terpaksa keluar bagi memberi ruang kerja baik pulih dijalankan.
Jalan Raja ditutup sempena Fiesta Mega Penjaja 2022
Jalan terbabit akan ditutup kepada semua kenderaan bermula jam 10 malam pada Rabu hingga 4 pagi Sabtu.
Tujuh individu beri keterangan berhubung perhimpunan #nyawadulubaruPRU
Seramai tujuh individu selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini, berhubung penganjuran perhimpunan #nyawadulubaruPRU, minggu lepas.
Polis akan panggil 13 individu bantu siasatan perhimpunan 'Mana Kapal Tempur Pesisir'
Polis akan memanggil 13 individu bagi memberi keterangan berhubung perhimpunan 'Mana Kapal Tempur Pesisir (LCS)'.
DBKL cadang tutup Jalan TAR setiap Ahad budayakan amalan jalan kaki
DBKL bercadang untuk menutup Jalan Tuanku Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai Jalan TAR, untuk kegunaan kenderaan pada setiap Ahad bermula 28 Sept.
Tidak sangka esok raya, rakyat serbu pasar raya beli kelengkapan Aidilfitri saat akhir
Tidak menyangka tarikh Hari Raya Aidilfitri jatuh pada esok (2 Mei), orang ramai malam ini berpusu-pusu membuat persiapan akhir bagi menyambut Syawal apatah lagi selepas dua tahun tidak meraikannya se
Lelaki maut nahas tiga kenderaan
Proton Waja dipandu mangsa dipercayai terbabas lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dua kenderaan lain.
Lelaki Iran dipercayai dalang sindiket pemalsuan dokumen ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket pemalsuan dokumen dan pasport antarabangsa susulan penahanan seorang lelaki warga Iran, Rabu lepas.
"Pemandu Myvi tak mabuk pun" - Polis
Hasil siasatan awal, kereta terbabit sedang bergerak terus ke lorong paling kanan bergesel dengan penunggang motosikal yang bergerak di laluan yang sama.
Polis seru wanita mangsa ragut berhampiran Sogo tampil bantu siasatan
Polis menerima laporan daripada seorang lelaki yang kebetulan terakam kejadian ragut tersebut pada pukul 1 petang di Kompleks Sogo.