Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yakin mampu menjadikan ibu negara sebagai bandar raya terbersih di dunia menjelang 2020.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata inisiatif melalui Blueprint Penarafan Kebersihan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dilaksanakan sejak 2015 sudah mencapai kejayaan sebanyak 70 peratus.
"DBKL yakin baki 30 peratus lagi akan tercapai pada 2020 ini dan kita mengharapkan 11 kawasan parlimen yang terlibat akan memperoleh penarafan Gred A (bersih).
"Blueprint ini merangkumi empat peringkat dan pada masa ini sudah berada di peringkat ketiga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Malam Apresiasi Blueprint Penarafan Kebersihan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, pada Selasa.
Beliau berkata pelaksanaan pelan strategik yang mengambil masa selama lima tahun itu adalah sejajar dengan hasrat menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya bertaraf dunia, bersih, indah dan selesa didiami.
"Walaupun Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding negara lain seperti Jepun, saya percaya dengan kerjasama daripada orang ramai ia mampu tercapai," katanya.
Pelaksanaan Blueprint itu mengambil kira lima elemen utama iaitu memperkasa organisasi, penambahbaikan infrastruktur, pengurusan sisa pepejal dan kebersihan awam, penguatkuasaan bersepadu dan pemakaian konsep LA 21.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 03 2018

DBKL yakin mampu menjadikan ibu negara sebagai bandar raya terbersih di dunia menjelang 2020. -Gambar fail

Tiada dokumen sulit ditemui di rumah Joe Biden
Pencarian selama empat jam itu berkaitan siasatan berhubung pengendalian dokumen sulit kerajaan AS.

Pemandu maut, treler terbalik di Lebuhraya Utara-Selatan
Kemalangan melibatkan sebuah treler muatan minyak hitam dan diesel yang terbabas di pembahagi jalan dan terbalik.

COVID-19: Myanmar lanjut sekatan hingga akhir Februari
Pelanjutan itu merangkumi semua sekatan COVID-19 yang tamat tempoh pada 31 Januari.

Polis buka kertas siasatan kenyataan berbaur perkauman
Polis menerima satu laporan berhubung video tular yang dimuat naik oleh pihak terbabit.

Bajet 2023: Kementerian tumpu R&D pasarkan produk ke antarabangsa
Katanya, negara terlalu bergantung kepada import dan pada masa sama perlu memastikan agar penerimaan produk dapat dikekalkan.

Arab Saudi bakal anjur Piala Asia 2027
Meskipun merupakan antara pasukan terbaik di benua ini, negara itu tidak pernah berpeluang menganjurkan kejohanan tersebut.

Satu pertiga kerusi Parlimen buat Sabah, Sarawak masih di peringkat perbincangan - Fadillah
Fadillah berkata penyelesaian perkara itu akan mengambil masa dua hingga tiga tahun kerana ia perlu melalui banyak peringkat.

Pelajar UiTM maut, rakan cedera parah selepas motosikal dilanggar van
Seorang pelajar Universiti Teknolgi MARA (UiTM) maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dilanggar sebuah van di Simpang Empat Paya Jemerli, dekat Kulim.

Jawatan FIFA kelebihan untuk bangunkan bola sepak negara, dunia - Hamidin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak menganggap kejayaannya terpilih sebagai Ahli Majlis FIFA, sebagai pencapaian peribadi.

KKM rangka langkah untuk selesaikan isu-isu berbangkit
Ia melibatkan pelbagai isu seperti kebajikan, kesihatan fizikal dan mental petugas kesihatan, gaji saksama dan jaminan pekerjaan.

Dihendap lelaki sama, Miss Universe Malaysia buat laporan polis
Miss Universe Malaysia 2020, Francisca Luhong James pada Selasa berkongsi pengalaman cemas mendakwa diganggu seorang lelaki tidak dikenali baru-baru ini di sebuah lokasi di Ampang.

Post-2020 GBF perlu ambil kira kepentingan negara - Nik Nazmi
Nik Nazmi berkata, pelaksanaan Post-2020 GBF perlu mengambil kira kepentingan dan keadaan semasa negara.

Gagal pamer prestasi cemerlang, ketua jabatan diberi amaran
Masalah prestasi itu secara tidak langsung memberi kesan kepada usaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyelesaikan masalah rakyat.

Tiada syarat hotel letak pelekat 'non halal lift' - Jakim
Tiada sebarang klausa yang menetapkan hotel atau premis perlu meletakkan penandaan "non-halal-lift".

Bangga! Jalur Gemilang berkibar di Burj Khalifa
Sudah menjadi kebiasaan untuk melihat bangunan-bangunan di Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022.

Malam ambang kemerdekaan disambut meriah di Terengganu
Lebih 10,000 pengunjung memenuhi Dataran Muara Utara bagi menantikan saat menghitung detik 12 malam.

Rexy lapang dada selepas penantian 12 tahun temui noktah
Ia telah mengambil masa selama 12 tahun tetapi jurulatih badminton negara, Rexy Mainaky akhirnya berjaya menyelesaikan tugas itu, malah dengan cara yang hebat.

Dewan Rakyat lulus RUU Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) 2020
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju, selepas melalui perbahasan di peringkat Majlis Mesyuarat dan Jawatankuasa.

Shah Firdaus elak 'terjerat' faktor tekanan
Pelumba berusia 25 tahun itu berkata setiap kali dirinya menikmati perlumbaan di trek, beliau dapat beraksi dengan baik.

Ekspo 2020 Dubai jadi landasan kepada syarikat Malaysia untuk berkembang - Azmin
MITI akan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan penyertaan Malaysia dalam Ekspo Dunia yang akan datang.