DBKL, PPj diarah siap siaga hadapi cuaca tidak menentu - Dr Zaliha

Dr Zaliha berkata orang ramai digalakkan mengikuti maklumat rasmi dan amaran cuaca terkini melalui laman web serta media sosial METMalaysia dari semasa ke semasa. - fotoBernama
PUTRAJAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Putrajaya (PPj) diarah berada dalam keadaan siap siaga sepenuhnya serta mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana bagi menghadapi sebarang kemungkinan susulan cuaca tidak menentu ketika ini.
Ringkasan AI
- DBKL dan PPj diarah siap siaga serta mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana untuk hadapi kemungkinan cuaca tidak menentu.
- Menteri Dr Zaliha menyarankan orang ramai utamakan keluarga, elak aktiviti luar berisiko, dan patuhi arahan pihak berkuasa pada situasi kecemasan.
- METMalaysia maklumkan Selangor, Perak, dan sebahagian Pahang bakal alami ribut teruk susulan kemasukan Ribut Tropika Senyar, menyebabkan hujan lebat, angin kencang, dan laut bergelora.
Dr Zaliha berkata orang ramai turut digalakkan mengikuti maklumat rasmi dan amaran cuaca terkini melalui laman web serta media sosial Jabatan Meteorologi (METMalaysia) dari semasa ke semasa.
Hotline Bilik Gerakan Bencana bagi DBKL ialah 03-2617 8862 / 019-212 0032 manakala bagi PPj 03-8887 7999.
Terbaharu, METMalaysia memaklumkan Selangor, Perak dan sebahagian Pahang bakal mengalami ribut teruk susulan kemasukan Ribut Tropika Senyar di Malaysia sejak 3.30 petang tadi dan dijangka berterusan hingga Sabtu ini.
Ketua Pengarah METMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Ani berkata ribut tropika itu akan menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di kebanyakan kawasan Semenanjung Malaysia.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


