KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Jabatan Penguatkuasaan bertindak menutup serta-merta sebuah pusat hiburan dalam satu operasi di ibu negara.
Operasi dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dijalankan di dua premis iaitu di Jalan Sungai Besi dan Jalan Metro Pudu.
DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, menerusi Tindakan Khas Premis Berisiko (Kelab/Premis Hiburan) Siri 1/2024 ini, premis tersebut dikenakan tindakan di bawah bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992.
Ini termasuk membuka satu kertas siasatan (IP) di bawah Seksyen 4(1)(b) kerana membuka tempat hiburan tanpa lesen dan satu notis Kaedah 19 - Tiada hiburan selain daripada yang dinyatakan dalam lesen hiburan dibawah Kaedah-Kaedah Hiburan (WPKL) 1993.
"Hasil serbuan dan pemeriksaan bersepadu bersama JKDM dan JIM di dua buah premis kelab hiburan berkenaan, DBKL mengenakan satu tindakan penutupan (sealed) serta merta.
"DBKL turut menyita 19 pelbagai peralatan ke atas dua buah premis hiburan berkenaan melibatkan pioneer dj sipnner, microphone receiver, microphone, speaker, kerusi, meja petak dan lain-lain peralatan.
"Kesemua peralatan muzik telah di hantar ke Setor Sitaan DBKL, Jalan Lombong, Taman Miharja Kuala Lumpur untuk didokumentasi dan penyimpanan sementara sebelum tindakan lanjut terhadap pemilik premis," kata kenyataan itu.
DBKL dalam kenyataan sama turut memaklumkan, tindakan penguatkuasaan ini diteruskan dari masa ke semasa mengikut siri tindakan dalam kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 10 2024
DBKL menutup serta-merta sebuah pusat hiburan dalam satu operasi di ibu negara. - Foto Sinar Harian
E-sukan negara terima sokongan kerajaan - Ahmad Zahid
Industri e-sukan negara menerima khabar baik apabila Timbalan Perdana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan sokongan kepada peserta dan penggiat sukan tersebut.
Lebih 120 mayat rakyat Palestin dijumpai di Kem Jabalia
Lebih daripada 120 mayat rakyat Palestin telah dijumpai daripada runtuhan, dua hari selepas tentera Israel meninggalkan Kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza.
Tunai haji tanpa permit: Arab Saudi mula kuat kuasa hukuman
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi mula menguatkuasakan penalti bagi mereka yang melanggar peraturan dengan memasuki kawasan larangan tanpa permit haji, mulai 2 Jun hingga 20 Jun 2024.
"Safari" wukuf di Arafah, "Combat Medicine" di Muzdalifah
Pertempuran 278 petugas perubatan Tabung Haji semasa musim haji akan tempuhi fasa paling kritikal semasa Masyair apabila mereka akan lakukan "Safari" Wukuf di Arafah dan "Combat Medicine" di Muzdalifah.
Saya hanya hilang rumah, barangan tetapi di Palestin lagi teruk
Fatimah Abdullah reda dengan nasib yang menimpa akui dia hanya kehilangan rumah dan barangan tetapi tidak seperti nasib yang dialami rakyat Palestin.
423 kes di Johor sepanjang Mei, rugi RM15.6 juta
Ketua Polis Johor Komisioner Polis M Kumar berkata jumlah berkenaan meningkat berbanding 273 kes dengan kerugian RM6.88 juta dicatatkan pada Mei tahun lepas.
Jiwai, amal roh Islam dalam pembangunan negara- PM
Rakyat dituntut agar kembali menjiwai dan mengamalkan roh Islam dalam apa jua situasi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Jun 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih 100,000 baucar buku ditebus dalam tempoh tiga hari - Fadhlina
Lebih 100,000 baucar buku telah ditebus setakat hari ini iaitu dalam tempoh tiga hari penebusan dibuka bermula 31 Mei lepas, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
CIDB laksana lebih 1,500 operasi penguatkuasaan dari Januari-April
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) telah melaksanakan 1,528 operasi penguatkuasaan di tapak pembinaan di seluruh negara dari Januari hingga April tahun ini.
Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei
Tempoh permohonan keahlian Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan hingga 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
DBKL sita meja, kerusi dan khemah di bahu jalan Kampung Baru
DBKL menyita meja, kerusi dan khemah yang dibuka di bahu-bahu jalan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Kampung Baru di sini.
Pasukan petugas ditubuh pantau, selenggara pokok teduhan di ibu negara
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah membentuk pasukan petugas dalam waktu terdekat untuk memantau secara terperinci dan menyelenggara pokok-pokok teduhan di sekitar ibu negara.
PM Anwar arah tanam 100 pokok gantikan pohon terpaksa ditebang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu setiap pohon yang terpaksa ditebang, digantikan dengan 100 pokok baharu yang wajib ditanam semula.
Pemindahan pokok tidak disaran kerana ia memudaratkan sistem ekologi - Pakar
Tambahnya lagi, pemindahan untuk satu pokok juga bukanlah sesuatu perkara yang murah dan ia sekali gus memerlukan satu teknikaliti yang sangat tinggi.
DBKL diarah segera tebang pokok berisiko tinggi
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarahkan segera mengambil tindakan menebang pokok-pokok yang berisiko tinggi susulan kejadian terbaharu pokok tumbang di ibu negara hari ini.
Alhamdulillah, Allah selamatkan saya - Pemilik kenderaan
Alhamdullillah Allah selamatkan saya.
Lagi barangan penjaja asing disita di Kuala Lumpur
DBKL meneruskan operasi tindakan khas dengan menyita barangan penjaja warga asing di sekitar Jalan Tun Tan Siew Sin atau Jalan Silang dan Lebuh Pudu pada Ahad.
Garis panduan baharu tangani pokok berusia dan berisiko siap Julai ini - DBKL
DBKL akan terus jalankan kerja-kerja pemantauan dengan mengambil kira aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.