ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Jun 2024.


1. Qatar, Mesir dan AS seru Israel, Hamas muktamadkan cadangan gencatan senjata

Pengantara gencatan senjata Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) menyeru Israel dan Hamas untuk memuktamadkan perjanjian yang merangkumi prinsip yang digariskan oleh Amerika Syarikat (AS) untuk gencatan senjata yang berkekalan, lapor Agensi Anadolu.



2. Chile sertai tuntutan mahkamah Afrika Selatan terhadap Israel di ICJ

Presiden Chile Gabriel Boric pada Sabtu mengumumkan bahawa negaranya akan menyertai Afrika Selatan dalam tuntutan mahkamah terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).


3. Emir Kuwait lantik Sheikh Sabah Khaled Al Sabah sebagai putera mahkota

Emir Kuwait, Mishal Al Ahmad Al Jaber Al Sabah pada Sabtu mengeluarkan dekri melantik Sabah Khaled Al Hamad Al Sabah sebagai putera mahkota, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita Kuwait (KUNA).


4. Tinjauan pendapat ramal kemenangan besar parti pemerintah India

Kebanyakan tinjauan pendapat pada Sabtu meramalkan penggal ketiga untuk Perdana Menteri Narendra Modi dan partinya, Parti Bharatiya Janata (BJP) pada pilihan raya umum India. Bagaimanapun pihak pembangkang menolak tinjauan pengundi itu sebagai manipulasi dan tidak boleh dipercayai.


5. Rakyat Israel gesa Netanyahu terima perjanjian yang dicadang Biden

RIBUAN warga Israel bersama keluarga tebusan menuntut Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk menerima perjanjian yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.


6. Menteri Israel ancam jatuhkan kerajaan jika setuju gencatan senjata

MENTERI sayap kanan Israel, Itamar Ben-Gvir dan Bezalel Smotrich mengugut Benjamin Netanyahu untuk meninggalkan gabungannya dan menggulingkan kerajaan jika Perdana Menteri itu menerima cadangan gencatan senjata Presiden Amerika Joe Biden.


7. Angkasawan bersedia untuk penerbangan pertama Starliner

KAPSUL angkasawan Starliner baharu Boeing bersedia untuk dilancarkan pada Sabtu dalam penerbangan ujian kru pertama, satu peristiwa penting dalam matlamat gergasi aeroangkasa itu untuk bersaing dengan SpaceX milik Elon Musk.


8. Netanyahu tolak gencatan senjata kekal sehingga Hamas dihapuskan sepenuhnya

PERDANA Menteri Israel Benjamin Netanyahu terus berdegil dengan mengatakan tidak kepada gencatan senjata kekal di Gaza sehingga Hamas dihapuskan.


9. Pengundi Iceland pilih Presiden baharu, bekas Perdana Menteri turut bertanding

Iceland mengadakan pemilihan presiden baharu pada Sabtu, lapor agensi berita Jerman dpa.


10. Parti memerintah Afrika Selatan ANC kehilangan majoriti mutlak

Parti Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) yang memerintah Afrika Selatan telah kehilangan majoriti mutlak buat pertama kali dalam tempoh tiga dekad, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya pada Sabtu selepas Pilihan Raya Parlimen minggu ini, lapor agensi berita Jerman (dpa).