Pasukan bertindak, diketuai Jabatan Penerbangan Awam (DCA), akan diwujudkan untuk mengendalikan semua urusan berkaitan pesawat MH370 yang hilang berikutan penggantungan misi pencarian dalam laut.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata ini termasuk mengendalikan maklumat dan serpihan yang mungkin ditemui pada masa depan dengan komitmen berterusan kerajaan Australia, China dan Malaysia.
"Kami tetap berharap semua ini akan mengarahkan kepada bukti yang kukuh, bagi membolehkan kita mendapat jawapan dalam usaha mencari pesawat itu.
"Adalah penting untuk menyatakan semua keputusan berhubung MH370 telah dan akan sentiasa dilakukan menerusi semangat kerjasama tiga pihak." katanya dalam kenyataan dari Perth, Australia.
BACA: Waris MH370 mahu serah surat kepada Liow di Australia, gesa pencarian disambung
BACA: Pencarian MH370 akan disambung jika ada bukti baharu - Pesuruhjaya Tinggi Australia
Liow berkata dalam hal yang tidak pernah berlaku sebelum ini, sokongan dan kerjasama yang diberikan kerajaan Australia dan China memainkan peranan penting dalam saat yang begitu mencabar untuk negara.
Katanya keputusan menggantung misi mencari dalam laut bukan sesuatu yang mudah atau tanpa rasa sedih.
"Ketika gabungan kajian saintifik terus memperhalusi kebarangkalian dalam pencarian, setakat ini tiada maklumat baharu ditemui untuk menentukan kedudukan spesifik pesawat itu," katanya.
Liow berkata beliau menyertai Menteri Infrastruktur dan Pengangkutan Australia, Darren Chester dan Ketua Pengarah Pusat Kordinasi Penyelamat Maritim China, Zhi Guanglu untuk menanti kepulangan kapal Fugro Equator di Kompleks Marin Australia, Port Henderson, hari ini.
"Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya merakamkan penghargaan tinggi kepada kru Fugro Equator atas komitmen dan usaha mereka dalam pencarian terbesar dalamsejarah penerbangan," katanya.
Beliau berkata tidak dinafikan ia adalah tugas yang mencacar untuk kru yang terlibat dalam operasi mencari itu sejak bermulanya pencarian dalam lautan bagi pesawat MH370 pada Jun 2014.
"Komitmen, profesionalisme dan dedikasi mereka dalam operasi mencari bagi mendapatkan jawapan untuk keluarga dan orang yang disayangi oleh mereka yang berada di dalam pesawat itu sememangnya disanjung tinggi," katanya.
Minggu lalu, operasi mencari MH370, yang merangkumi kawasan seluas 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi digantung, selepas hampir tiga tahun sejak pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Pencarian pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal yang sehingga kini menelan kos RM500 juta, hanya akan disambung semula jika terdapat maklumat dan bukti konkrit pada masa depan.
Pesawat MH370 hilang daripada skrin radar pada 8 Mac 2014 dan berikutan itu misi mencari dijalankan secara berterusan di Lautan Hindi bagi mengesan pesawat jenis Boeing 777-200ER berkenaan.
Liow mengakui ia adalah detik yang sukar bagi keluarga 227 penumpang dan 12 anak kapal yang berada di dalam pesawat itu.
"Saya ingin menegaskan bahawa harapan untuk mengesan MH370 tidak diketepikan kerana pasukan pakar yang diketuai ATSB (Biro Keselamatan Pengangkutan Australia) terus menganalisis data secara komprehensif dalam usaha mengesannya," katanya.
Liow berkata pencarian MH370 membabitkan kecanggihan sains dan teknologi, selain menguji usaha manusia di kawasan yang belum diterokai di dunia.
"Ini adalah kawasan terpencil dengan keadaan laut dan cuaca yang agak teruk serta ombak yang mencapai ketinggian antara 15 dan 20 meter," katanya.
Oleh itu, Liow berkata ia adalah satu cabaran untuk pasukan mencari dan menyelamat dan kerajaan Malaysia, Australia serta China sangat terhutang budi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 23 2017
TIONG LAI: Pasukan bertindak, diketuai DCA, akan diwujudkan untuk mengendalikan semua urusan berkaitan pesawat MH370. - Gambar fail
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Pesawat Qantas mendarat cemas di Lapangan Terbang Brisbane
Sebuah penerbangan domestik Qantas melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Brisbane, timur laut Australia pada Selasa.
Australia lulus undang-undang larang kanak-kanak guna media sosial
Berkuat kuasa penghujung 2025, individu berusia 16 tahun ke bawah akan dihalang daripada menggunakan platform seperti TikTok, Instagram, Snapchat, Facebook, Reddit dan X.
Kerajaan Australia batal cadangan undang-undang kawal maklumat salah
Kerajaan Australia secara rasmi menolak cadangan undang-undang yang akan mewajibkan syarikat media sosial untuk mengawal maklumat salah dan palsu di platform mereka.
Perniagaan Australia diwajibkan terima bayaran secara tunai
Perniagaan di Australia akan diwajibkan menerima bayaran secara tunai bagi barangan dan perkhidmatan penting di bawah mandat kerajaan.
Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
Pengharaman adalah secara menyeluruh walaupun pengguna menerima kebenaran daripada ibu bapa mereka.
Ahli farmasi warga Malaysia maut ditikam berulang kali di Melbourne
Seorang ahli farmasi warga Malaysia dibunuh di timur laut Melbourne, Australia pada Rabu lalu.
SOJC: Great Britain muncul juara kali keempat
Kemenangan skuad kendalian Jon Bleby itu ialah kali yang keempat selepas menjulang piala edisi 2015, 2018 dan 2019.
Raja Ilya selamat lahirkan bayi seberat 4.7kg di Australia, beri nama Royal Abraham
Raja Ilya meluahkan rasa syukur selepas menjalani pembedahan melahirkan bayi lelaki seberat 4.7 kilogram itu.
Kelayakan Piala Dunia: Australia musnahkan rekod sempurna Jepun
Gol sendiri Shogo Taniguchi memberi Australia kelebihan pada minit ke-58 tetapi kesilapan Camron Burgess menyelamatkan maruah Samurai Biru.
Australia minta rakyat tinggalkan Israel segera
Australia telah mengemas kini nasihat perjalanan untuk rakyatnya di Israel, menggesa mereka meninggalkan Israel dengan kadar segera.