Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ini menubuhkan satu pasukan khas bagi menjalankan siasatan menyeluruh terhadap pesawat Cessna 172 yang terhempas berhampiran Empangan Batu, Ulu Yam, petang semalam.
Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata pasukan itu ditubuhkan bagi mengenal pasti punca nahas pesawat berkenaan.
"Dari pihak DCA sendiri, kami telah menghantar tiga petugas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.
"Pasukan yang ditubuhkan itu juga akan menjalankan sesi temu bual bersama juruterbang pesawat itu. DCA akan menyiasat dari segi dalaman dan luaran, dari semua sudut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Azharuddin berkata beberapa jurutera dari Kelab Penerbangan Diraja Selangor (KPDS) juga akan turut terlibat dalam membantu menjalankan siasatan terhadap bangkai pesawat terbabit.
Pada 5.15 petang semalam, pesawat itu dilapor terputus hubungan dengan menara kawalan DCA ketika berada di kawasan Batu Caves.
Menurut Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata tiga individu yang berada dalam pesawat yang terhempas ialah Kapten Saiful Farid Amri Amrizal, 22, Syed Haidhar Syed Zulkifli, 25, dan Shaiful Zafiq Razali, 24.
Kesemua mereka ditemui selamat kira-kira 5 pagi ini dan kini dirawat di Hospital Selayang di sini.
Bernama
Sat Jan 11 2014
Bangkai pesawat Cessna 172 yang terhempas berhampiran Empangan Batu, Ulu Yam, petang semalam. --foto Jabatan Bomba dan Penyelamat
Mahmoud Abbas menyeru semua negara iktiraf Palestin
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyeru semua negara untuk mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka serta mengiktiraf ahli penuh Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Beliau diberi peluang berucap di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi hari ini.
Mesyuarat Khas WEF: Rangkuman hari pertama, tiga kayu ukur ekonomi perlu ada
Jurang pemulihan ekonomi menjadi modal mula mesyuarat khas World Economic Forum di Riyadh.
Bagi Malaysia, kelebihan asean di ketengahkan, manakala negara maju mahu keadaan ekonomi yang lebih sekata.
Persoalan besar adalah bagaimana titik keseimbangan dapat dicapai?
Najib Aroff bawakan laporan.
Bagi Malaysia, kelebihan asean di ketengahkan, manakala negara maju mahu keadaan ekonomi yang lebih sekata.
Persoalan besar adalah bagaimana titik keseimbangan dapat dicapai?
Najib Aroff bawakan laporan.
SPRM mohon maklumat dari Jerman berhubung dana 1MDB disyaki beli kereta mewah
Ia berhubung laporan kereta mewah dirampas oleh pihak berkuasa Jerman di Munich yang dipercayai berkait dengan kes 1MDB.
P.Pinang kerjasama dengan Persekutuan teruskan usaha tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Akta baharu berkuat kuasa 1 Jun
Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini sekali gus meningkatkan lagi tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja di seluruh negara, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.
Pelaburan baharu memberi cabaran baharu kepada Malaysia
Pelaburan baharu yang diterima Malaysia memberi cabaran baharu khususnya dalam memberi fokus dalam bidang teknologi dan juga Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).
AWANI Borneo [28/04/2024] – Daftar di Yayasan Sarawak | Kos ganti paip RM9 bilion | Tarikan Kitaro
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan
#AWANIBorneo 28 April 2024
- Kerajaan Sarawak tanggung kos pelajaran anak mendiang Joanna
- Kebocoran paip penyumbang utama air tidak terhasil
- Kitaro magnet tarik pengunjung RWMF 2024
#AWANInews
#AWANIBorneo 28 April 2024
- Kerajaan Sarawak tanggung kos pelajaran anak mendiang Joanna
- Kebocoran paip penyumbang utama air tidak terhasil
- Kitaro magnet tarik pengunjung RWMF 2024
#AWANInews
Kesatuan Ragbi Malaysia harap individu disyaki pecah amanah didakwa segera
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) berharap individu di sebalik isu pecah amanah disyaki berlaku dalam pengendalian akaun bank badan induk itu didakwa segera.
PM adakan pertemuan dengan Presiden Rwanda
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rwanda Paul Kagame di luar Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) pada Ahad.
Iraq luluskan RUU anti-LGBTQ
PARLIMEN Iraq pada Sabtu meluluskan rang undang-undang (RUU) yang menjenayahkan hubungan sejenis.
DCA tubuh pasukan khas hari ini siasat Cessna terhempas
Pihak DCA telah menghantar tiga petugas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.