MELAKA: Tiada pihak yang berjumpa dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) berkaitan platform penyiaran debat perdana antara Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 12 Mei ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu tidak ada kena-mengena dengan kerajaan dan menganggapnya sebagai debat antara dua individu.
"Jadi kerajaan tidak campur dan saya pun tidak didatangi oleh sesiapa. Saya fikir ia masih lagi di peringkat antara dua individu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Iftar MenKOMM bersama komuniti negeri Melaka di sini, hari ini.
Turut hadir Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin.
Mengulas mengenai penggunaan media sosial atau platform digital terkini, Annuar berkata beliau tidak menolak perkara itu dijadikan platform penyiaran bagi debat tersebut.
BACA: Debat Najib Razak - Anwar Ibrahim 12 Mei di Universiti Malaya
"Terknologi sekarang boleh saja buat 'live' dan mungkin ada stesyen televisyen yang hendak memberi platform itu. Apa pun, itu kemudianlah. Tak boleh kata mungkin (boleh) sebab mungkin itu dah jadi satu janji (untuk disiarkan di platform kerajaan). Saya anggap ia debat biasa antara dua individu," katanya.
Hari ini, Bernama melaporkan kedua-dua tokoh politik negara itu akan membincangkan isu Sapura Energy Bhd (SEB) dan masa depan Malaysia pada 12 Mei ini dalam program debat perdana.
Pengumuman program debat perdana itu dibuat Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fahmi Fadzil dan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor Isham Jalil dalam satu sidang media petang tadi.
Setakat ini, debat perdana itu akan dapat disaksikan secara langsung sama ada menerusi saluran media diumumkan kemudian atau secara fizikal di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada pukul 9 malam.
Terdahulu, Annuar mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam di pejabat beliau di Seri Negeri bagi memberi penerangan mengenai usaha-usaha K-KOMM di Melaka.
"Saya juga memaklumkan bahawa sambutan Hari Wartawan Nasional akan diadakan di Melaka tahun ini," katanya yang dipetik menerusi ciapan di laman Twitter rasminya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 17 2022
Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu tidak ada kena-mengena dengan kerajaan dan menganggapnya sebagai debat antara dua individu. - Gambar fail/BERNAMA
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Debat Najib-Anwar: Dah setuju kata nak buat lepas raya, apa pusing orang PKR ni? - Isham Jalil
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau telah meminta Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil untuk menguruskan perkara tersebut.