KUALA LUMPUR: Laporan hasil siasatan berhubung insiden di projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) pada Rabu yang mengorbankan dua wanita perlu didedahkan kepada orang awam, kata Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye.
Beliau berkata orang awam mempunyai kepentingan dalam insiden itu dan mereka yang bertanggungjawab perlu dikenakan tindakan tegas.
"Saya cadangkan hasil siasatan perlu didedahkan kepada orang awam kerana banyak kali mereka lakukan siasatan, selepas itu tiada siapa yang tahu (hasil siasatan) dan lama-kelamaan orang akan lupa sehingga kejadian seterusnya berlaku. Adalah penting untuk pihak berkuasa menyiapkan siasatan dan hasilnya didedahkan kepada umum," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata insiden itu juga adalah satu 'wake up call' kepada industri pembinaan negara untuk meningkatkan aspek keselamatan di kawasan tapak binaan bagi memelihara keselamatan orang awam.
"Saya bukan menyalahkan pemaju kerana saya bukan pihak berkuasa. Tapi secara amnya, di negara kita sudah terlalu banyak kemalangan berlaku dan ia kini menjejaskan keyakinan orang ramai...mereka sudah ada rasa fobia apabila melalui kawasan pembinaan," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Keselamatan Jalan Raya dan Pengangkutan Malaysia (MRTSA) Nik M Salim Nik M Salleh bersetuju dengan cadangan hasil daripada siasatan itu perlu dikongsi dengan orang awam disusuli audit keselamatan agar kemalangan tersebut tidak berulang.
"Isu yang penting dan menjadi persoalan di sini adalah jaminan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pengguna jalan raya serta pekerja yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata pematuhan kepada keperluan perundangan, tata amalan industri, standard, garis panduan serta pengurusan yang lebih bersistematik perlu dipatuhi oleh pihak industri bagi menjamin keselamatan semua pihak.
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sebelum ini menyatakan pihaknya memfokuskan aspek pengurusan trafik dalam siasatan terhadap insiden itu mengikut Seksyen 34B dan 34C Akta CIDB.
Kejadian kira-kira 6 petang itu menyebabkan dua wanita maut manakala dua lagi wanita serta seorang lelaki yang merupakan pemandu van tersebut, cedera.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 05 2021

Kejadian kira-kira 6 petang itu menyebabkan dua wanita maut manakala dua lagi wanita serta seorang lelaki yang merupakan pemandu van tersebut, cedera. - Gambar fail

Keputusan Malaysia guna vaksin AstraZeneca atau tidak ditentukan minggu depan - Khairy
Keputusan sama ada Malaysia akan meneruskan penggunaan vaksin AstraZeneca COVID-19 atau tidak, bakal ditentukan pada minggu hadapan.
![[SIDANG MEDIA] Perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan [SIDANG MEDIA] Perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1899423/6271740461618209559108_640x360.jpg)
[SIDANG MEDIA] Perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

Zulkifli tiba di Arab Saudi, adakan pertemuan dengan Gabenor Madinah
Lawatan ini bertujuan memperkukuh kerjasama dalam hal ehwal Islam serta ibadah haji dan umrah.

Dua Ketua Jabatan IPK Perak bertukar
Dua Ketua Jabatan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak bertukar ke IPK Kedah dalam rombakan yang dilakukan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), berkuatkuasa Isnin.

Diskaun 70 peratus saman JPJ bermula esok
Pembayaran saman dengan diskaun yang ditetapkan itu boleh dibuat di semua pejabat JPJ serta secara dalam talian melalui portal rasmi jabatan.

Zakat fitrah Kedah RM7, RM14 dan RM21
Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata penetapan itu dibuat berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis, pada kadar timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.6 kilogram beras.

Air rendaman kurma, amalkan minuman sunnah ini setiap hari, tapi elak simpan lama
Air rendaman kurma atau juga dikenali sebagai air nabeez. Inilah minuman sunnah yang ramai tidak tahu banyak khasiat sebenarnya.

Ismail Sabri layak jadi tonggak UMNO dalam PN - Penganalisis politik
Melantik Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri merupakan langkah terbaik jika itu dapat menstabilkan politik negara.

#SayaDigital pacu literasi digital dalam kalangan rakyat

Kegunaan internet isi rumah meningkat 91.7 peratus pada tahun 2020 - Ketua Perangkawan
Penggunaan internet isi rumah menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 91.7 peratus pada tahun 2020 berbanding 90.1 peratus pada tahun 2019 susulan impak pandemik COVID-19.

Dedah laporan siasatan insiden SUKE kepada umum - Lee Lam Thye
Laporan hasil siasatan berhubung insiden di projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) pada Rabu yang mengorbankan dua wanita perlu didedahkan kepada orang awam.

Penganjur larian culas, kerajaan negeri tiada kuasa ambil tindakan
Kerajaan negeri kesal kerana penganjur acara Annual Round The Island Relay itu tetap meneruskan acara berkenaan walaupun tidak mendapat sokongan kerajaan negeri.

36 maut dalam insiden rempuhan di India
36 orang terbunuh dalam insiden rempuhan di sebuah stesen keretapi di Allahabad, utara India yang menjadi lokasi upacara keagamaan jutaan penganut Hindu.