SEREMBAN:Berkongsi kasih biarpun tiada pertalian darah, tidak membataskan hubungan buat pasangan India, L. Linda Kasturi dan suaminya, R. Karthik bersama 'ayah' dan 'ibu' baharu yang berlainan bangsa dan agama.
Bahkan, sambutan Hari Deepavali pada hari ini juga turut diraikan bersama keluarga baharu itu, iaitu Mohamad Fakhrulzaman Abdul Malik, 57, dan Rohayati Salleh, 46, yang sudah tinggal bersama mereka sejak enam bulan lepas, walaupun tidak pernah mengenali antara satu sama lain sebelum ini.
Linda, 39, mengakui perayaan Pesta Cahaya kali ini ternyata berbeza seperti tahun sebelumnya, memandangkan kedua ibu bapa baharunya itu turut bersama meraikannya selain turut 'melengkapkan' lagi keluarganya, meskipun perayaan itu disambut secara sederhana.
"Jika 'ayah dan ibu' tidak tinggal bersama, mungkin saya tidak akan sambut Hari Deepavali pada hari ini berikutan rumah dilanda banjir baru-baru ini, sehingga menyebabkan saya hilang semangat untuk menyambutnya.
"Bagaimanapun, ia merupakan pengalaman pertama ibu dan ayah menyambut Deepavali, jadi saya tetap teruskannya juga supaya mereka dapat merasai pengalaman baharu ini," katanya kepada Bernama.
Pada 10 November lepas, Bernama melaporkan mengenai Linda dan suaminya, R. Karthik, 35, telah mempelawa Mohamad Fakhrulzaman dan Rohayati yang mesra dipanggil ayah dan ibu untuk tinggal bersama sejak enam bulan lepas.
Kedua-dua mereka hanya dikenali ketika Linda dan suami yang menjalankan perniagaan perabot terpakai, ingin membeli sebuah peti ais yang dijual pasangan itu, ekoran kesempitan hidup berikutan diberhentikan kerja sebagai tukang masak susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu.
Mengenai soal makanan, ibu kepada dua anak berusia 10 bulan dan 11 tahun itu berkata, dia turut dibantu ibunya dalam menyediakan juadah tradisional India, sebagai persiapan menyambut Hari Deepavali.
"Paling menarik, kami sekeluarga masak bersama-sama. Malam tadi, ibu dengan ibu kandung saya iaitu S. Kamala Devi sama-sama membuat kuih muruku. Pagi tadi pula, kami masak tosai dan idli untuk sarapan pagi dan sekejap lagi kami akan masak nasi briyani dan ayam sambal, yang merupakan makanan kegemaran ayah," katanya.
Tambahnya, ia mampu merapatkan lagi hubungan mereka, selain turut berharap akan berpeluang meraikan Hari Raya Aidilfitri dan berpuasa pada Ramadan kelak, bersama keluarga baharunya itu.
Dalam pada itu, Mohamad Fakhrulzaman berkata, tidak ada istilah janggal baginya bersama ahli keluarga lain, untuk menyambut Hari Deepavali kerana mereka sudah dianggap seperti keluarga sebenar.
Berkongsi pengalamannya, Mohamad Fakhrulzaman mengakui rasa teruja kali pertama menyambut perayaan itu, selain turut dapat memahami budaya dan perayaan kaum lain.
"Dari segi tradisi, makan kuih tradisional dan juadah bersama keluarga serta memberi duit raya, ia sama seperti kaum Melayu meraikan Hari Raya Aidilfitri.
"Kasih sayang yang tulus sesama keluarga itu lebih penting meskipun berlainan agama dan bangsa. Ia tidak menjadi masalah kerana kami menghormati kepercayaan dan agama masing-masing," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Nov 14 2020
Pasangan Mohamad Fakhrulzaman Abdul Malik dan Rohayati Salleh bersama Linda Kasturi serta anak-anaknya yang tinggal bersama sejak enam bulan lepas. - Gambar BERNAMA
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Hadiah Deepavali buat pekebun bebas tuduhan bunuh ibu saudara
Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya menyifatkan keputusan itu sebagai hadiah Deepavali.
Pandu secara melulu dan berbahaya kesalahan tertinggi sepanjang Deepavali
Memandu secara melulu dan berbahaya merupakan kesalahan tertinggi yang telah menyumbang kepada kebanyakan kes kemalangan maut sepanjang perayaan Deepavali lepas.
Trafik bergerak perlahan di lebuh raya utama menghala ke ibu negara
Trafik perlahan di beberapa lokasi seperti Bidor ke Sungkai dan Lembah Beringin ke Bukit Tagar disebabkan kemalangan.
Aliran trafik di lebuh raya utama menuju Lembah Klang terkawal pagi ini
Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang terkawal namun jumlah kenderaan dijangka meningkat menjelang tengah hari.
Mayat wanita mati lemas ditemukan di Lubuk Buluh
Mayat Kasthuri ditemui orang awam jam 5.50 petang ketika operasi mencari dan menyelamat dilakukan.
PM sampai sumbangan, kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan dan kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi dan keluarganya.
Deepavali disambut meriah, penuh warna-warni seluruh negara
Perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Diwali diraikan dengan penuh meriah dan warna-warni hari ini dengan penganut agama Hindu di Malaysia seawal pagi mula membanjiri kuil.
Atlet, bekas atlet terima sumbangan sempena Deepavali
MSN bersama YAKEB dan F&N sampaikan sumbangan kepada bekas atlet kebangsaan di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang sempena sambutan Deepavali.
TPM, Jemaah Menteri ucap Selamat Menyambut Deepavali
Semoga Deepavali menjadi jambatan pengukuh ikatan kekeluargaan dan persahabatan serta menyemai keharmonian di negara ini.
PM Anwar ajak masyarakat hayati makna Deepavali
Pesta Cahaya tidak sekadar bawa kesejahteraan, tetapi turut meneruskan perjuangan ke arah kebaikan dan keadilan demi masa depan yang lebih baik, kata PM.