awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dego Ride tidak dibenar operasi demi keselamatan penunggang, pembonceng

Bernama
Bernama
16/03/2017
15:30 MYT
Dego Ride tidak dibenar operasi demi keselamatan penunggang, pembonceng
Teksi motosikal atau Dego Ride tidak dibenarkan beroperasi di jalan raya negara ini kerana faktor keselamatan penunggang dan pembonceng. -Gambar hiasan
Teksi motosikal atau Dego Ride tidak dibenarkan beroperasi di jalan raya negara ini kerana faktor keselamatan penunggang dan pembonceng.
Kementerian Pengangkutan menyatakan analisis Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati risiko pengguna motosikal terlibat dalam kemalangan maut dan kemalangan yang mengakibatkan cedera parah adalah 42.5 kali lebih tinggi berbanding bas dan 16 kali lebih tinggi berbanding kereta.
Statistik 2016 menunjukkan 62 peratus daripada 7,152 mangsa yang terkorban di jalan raya melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.
"Penggunaan Dego Ride akan mengakibatkan lebih ramai pengguna jalan raya terdedah kepada risiko kemalangan maut dan kecederaan parah.
"Oleh itu atas faktor-faktor keselamatan penunggang dan pembonceng motosikal, Kementerian Pengangkutan memutuskan untuk tidak membenarkan Dego Ride beroperasi di jalan raya," kata kementerian itu dalam jawapan bertulis kepada Chua Tian Chang (PKR-Batu) di Dewan Rakyat hari ini.
Chua meminta kementerian menjelaskan mengapa Dego Ride tidak dibenarkan untuk beroperasi tanpa kelulusan manakala GrabCar dibenarkan beroperasi walaupun menunggu SPAD menyediakan panduan dan pindaan undang-undang.-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dego ride
#Dewan Rakyat
#GrabCar
#kemalangan
#pengguna jalan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan