Skip to main content

Malaysia

Faisal Iswardi dilantik Ketua Pengarah FAMA

FB Mohamad Sabu
Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan dan Operasi) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Faisal Iswardi Ismail dilantik sebagai ketua pengarah baharu lembaga itu. - Foto Facebook FAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan dan Operasi) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Faisal Iswardi Ismail dilantik sebagai ketua pengarah baharu lembaga itu.

Watikah pelantikan beliau yang berkuat kuasa 1 Ogos lepas, disampaikan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu sebelum mesyuarat pasca-Kabinet hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Mohamad turut mengucapkan tahniah kepada Faisal Iswardi atas pelantikan tersebut.

“Amanah yang dipikul bukanlah kecil kerana FAMA memainkan peranan penting dalam membantu memasarkan hasil pertanian tempatan, memperkukuh rantaian bekalan makanan dan meningkatkan pendapatan petani serta usahawan agromakanan.

“Selamat menjalankan amanah dan semoga dipermudahkan segala urusan,” katanya.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement