ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 5 Ogos 2026.
Bekas senator diperintah bayar RM275,000 kepada Salim Fateh Din
Daljit diperintah membayar RM175,000 termasuk kos, kepada Naib Pengerusi Eksekutif MRCB kerana memfitnah beliau, serta membayar balik pinjaman berjumlah RM100,000.
Bekas CEO, CFO ditahan disyaki salah guna kuasa pembelian saham bernilai RM370 juta
Kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 68 dan 60 tahun ditahan pada 6.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.
Demi Malaysia, New Joe tekad lawan kesakitan untuk ke Sukan Asia
Pelumba berusia 21 tahun itu berkata pakar perubatan memberikan peluang β50-50β untuk kembali beraksi, namun beliau bertekad memberikan yang terbaik sepanjang proses pemulihan.
Pelakon veteran Cik Man meninggal dunia
Pelakon veteran Kamarozaman Yusoff, 68, atau lebih dikenali dengan panggilan Cik Man meninggal dunia selepas ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tanah Merah, Kelantan petang ini.
Pelarian Myanmar tidak akan dihantar pulang jika masih tertindas - Fahmi
Kerajaan tidak akan menghantar pulang pelarian Myanmar ke negara asal mereka sekiranya masih berdepan penganiayaan atau nyawa mereka terancam.
Kertas siasatan kematian Rocky sudah diserah kepada TPR - Polis
Kertas siasatan berhubung kematian seekor anjing bernama Rocky yang rakaman videonya tular di media sosial sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada Selasa untuk arahan lanjut.
Balu mangsa kemalangan maut RXZ Member 8.0 layak terima faedah sepanjang hayat - Perkeso
Waris kepada tiga peserta RXZ Member 8.0 yang maut dalam kemalangan jalan raya pada 31 Julai dan 1 Ogos lepas layak menerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) manakala seorang lagi peserta yang cedera turut dilindungi menerusi skim perlindungan berkenaan.
RCI Tabung Haji: Siaran langsung sidang khas di semua saluran rasmi kerajaan
Orang ramai boleh mengikuti siaran langsung sidang khas Dewan Rakyat yang akan membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji (TH) pada 11 Ogos ini menerusi semua saluran rasmi kerajaan.
Kes barang kemas: Mahkamah tetap 12 Ogos keputusan permohonan Rosmah tangguh bayaran RM67.5 juta
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 12 Ogos untuk menyampaikan keputusan berhubung permohonan Datin Seri Rosmah Mansor bagi menangguhkan pembayaran RM67.5 juta kepada syarikat barang kemas berpangkalan di Lubnan, Global Royalty Trading SAL, berhubung kehilangan 43 utas barang kemas.
Kes saman 1MDB: Peguam Najib mohon padam sebahagian besar keterangan Tony Pua
Pasukan peguam yang mewakili Datuk Seri Najib Razak, hari ini memohon supaya sebahagian besar pernyataan saksi bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua, digugurkan daripada rekod perbicaraan kes saman AS$5.6 bilion yang difailkan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap tujuh pihak, termasuk Najib.