KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan bahawa Deloitte PLT (Deloitte) telah bersetuju dengan suatu penyelesaian bernilai RM324 juta (US$80 juta) untuk menyelesaikan semua tuntutan yang berkaitan dengan tanggungjawab fidusiari mereka di dalam pengauditan akaun 1MDB dan SRC International Sdn Bhd (SRC) bagi tempoh 2011-2014.
Dalam kenyataan pada Rabu, MoF berkata penyelesaian oleh Deloitte ini merupakan penyelesaian berkaitan 1MDB terbesar oleh sebuah firma audit di Asia Tenggara.
"Kejayaan penyelesaian luar mahkamah dengan Deloitte akan mempercepatkan pembayaran wang penyelesaian tersebut untuk memenuhi kewajiban tertunggak 1MDB dan SRC, tanpa proses mahkamah yang mungkin berpanjangan dan mahal," katanya.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ia merupakan satu lagi kejayaan dalam usaha pemulihan berterusan kerajaan Malaysia terhadap pihak yang terlibat dalam 1MDB, SRC dan entiti yang berkaitan dengannya.
"Kerajaan Malaysia bertekad untuk memastikan bahawa tindakan sewajarnya diambil terhadap semua individu atau entiti yang terlibat, secara langsung atau tidak langsung, di dalam skim global 1MDB," katanya.
Menurut MoF, pada bulan Julai 2020, kerajaan telah berjaya di dalam rundingan dengan Goldman Sachs untuk mencapai sebuah penyelesaian bernilai RM15.8 bilion (USD3.9 bilion).
"Pada 26 Februari 2021 pula, kerajaan juga telah berjaya mencapai suatu penyelesaian global bernilai RM2.83 bilion berkaitan dengan penglibatan sebuah kumpulan perbankan di dalam isu 1MDB.
"Kesemua penyelesaian ini tidak akan mempengaruhi atau menjejaskan tuntutan Malaysia terhadap individu seperti Jho Low dan pihak lain yang berkaitan dengannya, dan yang masih giat dicari berhubung dengan skandal 1MDB," katanya.
MoF merakamkan penghargaan kepada Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bank Negara Malaysia, Pasukan Polis Diraja Malaysia, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC) atas usaha mereka dalam mencapai penyelesaian ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 03 2021

MoF berkata penyelesaian oleh Deloitte ini merupakan penyelesaian berkaitan 1MDB terbesar oleh sebuah firma audit di Asia Tenggara. - Gambar fail

Pasaran AS | Wall Street meningkat, saham Netflix rendah
Saham di Wall Street meningkat kembali pada Rabu dengan pelabur menumpukan perhatian kepada saham yang dijangka mendapat manfaat daripada pemulihan ekonomi. Ini turut memulihkan sentimen yang sebelum ini terjejas akibat penjualan saham Netflix selepas keputusan korporat yang lemah.

Operasi SAR | Indonesia teruskan usaha kesan KRI Nanggala
Tentera Laut Indonesia meneruskan usaha mencari dan menyelamat kapal selam yang dikaporkan hilang di perairan Bali. Komander tentera negara itu, Hadi Tjahjanto mengesahkan pasukan mencari turut mengesan tumpahan minyak di lokasi selaman kapal berkenaan.

AWANI Ringkas: Kadar R-Naught catat penurunan | Suspek pukul pengawal berpuasa didakwa

Lelaki bunuh, kerat dan makan mayat ibu didakwa di mahkamah
Polis menemui mayat ibu tertuduh yang dikerat-kerat dan ditempatkan di kawasan apartmennya di Madrid.

Vaksin COVID: Kurang kesedaran, tiada MySejahtera punca Orang Asli belum daftar PICK
Kurang kesedaran berkaitan kepentingan vaksin dan tiada aplikasi MySejahtera dilihat antara punca Orang Asli masih belum mendaftar.

Empat terbunuh, 12 cedera bom meletup di hotel mewah
Empat terbunuh, 12 cedera bom meletup di hotel mewah

Vaksin COVID-19: 200 juta dos diberi dalam 100 hari pentadbiran Biden
Biden kini dalam usaha meningkatkan lagi pendaftaran vaksinasi yang dilihat semakin berkurangan melalui penawaran insentif cukai kepada pekerja yang mendapatkan suntikan vaksin.

Keluarga penghantar makanan maut dihempap pokok layak didaftar sebagai asnaf - LZS
Bantuan susulan akan disalurkan kepada keluarga Allahyarham Syed Izzat Izzuddin.

Hari Bumi 2021: Pelihara bumi komitmen semua
WWF Malaysia yakin dalam usaha memulihkan bumi, tiada yang mustahil sekiranya komitmen tersebut dapat dijalankan dengan betul.

Sekolah ditutup dua hari jika ada satu kes COVID-19
Sekolah yang mempunyai satu kes COVID-19 akan ditutup sekurang-kurangnya dua hari.

Bantuan MOF bantu capai data yang baik, sokong kenaikan KDNK tahun ini - Tengku Zafrul
Kementerian Kewangan percaya pelaksanaan langkah bantuan dan sokongan bagi mendokong ekonomi negara yang kemas dan pemantauan yang rapi mampu mencapai data yang semakin baik.

Harga RON95 dan diesel kekal, RON97 naik 4 sen
Kementerian Kewangan berkata ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Rayuan Najib: BOD SRC hanyalah boneka yang menari ikut rentak tuannya - Timbalan Pendakwa Raya
Kawalan Najib ke atas SRC bukti beliau bertindak atas kapasiti peribadi, dan semua arahannya dilaksanakan oleh Lembaga Pengarah syarikat.

Harga runcit RON95, RON97, diesel kekal
Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing kekal RM2.05, RM2.54 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 15 hingga 21 April ini.

Harga petrol RON95 dan diesel kekal, RON97 naik dua sen
Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 8 hingga 14 April ini.

Peniaga disaran segerakan pendaftaran bantuan GKP - Tengku Zafrul
Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta mikro disarankan agar segera mengambil peluang bagi memanfaatkan Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) bagi memulihkan perniagaan mereka akibat pandemik.

Data raya dimanfaat mudahkan agihan pakej rangsangan kepada golongan rentan - Johan Merican
Kementerian Kewangan akan menyerap data daripada agensi-agensi berkaitan yang mengendalikan golongan berpendapatan rendah, kurang upaya dan mereka yang memerlukan.

UMS tak pernah lantik Syarikat Asli Jati Engineering secara rundingan terus - Saksi
Terdahulu, Peter, 50, mengaku tidak bersalah apabila pindaan kepada pertuduhan utama dan pertuduhan pilihan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

RON97 naik dua sen, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 naik dua sen seliter manakala harga runcit RON95 dan diesel kekal, masing-masing pada RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 1 hingga 7 April.

Malaysia dikekalkan keahlian dalam WGBI FTSE Russell
WGBI merupakan penanda aras merangkumi penerbitan bon kerajaan dari lebih 20 negara utama di dalam pelbagai mata wang.