awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Demonstrasi pemandu teksi: 'Mereka adalah golongan minoriti' - Pengurus Besar Uber

Bernama
Bernama
18/11/2015
12:58 MYT
Demonstrasi pemandu teksi: 'Mereka adalah golongan minoriti' - Pengurus Besar Uber
Di seluruh dunia, Uber bekerjasama dengan kerajaan untuk mencapai matlamat bersama dan sekadar menawarkan pilihan pengangkutan. - Gambar hiasan
Uber, yang mengendalikan rangkaian pengangkutannya sendiri, mengelak persoalan mengenai sama ada ia berhasrat untuk menjadikan perkhidmatannya sah di sisi undang-undang.
Ketika ditanya jika syarikat itu mahu menjadikan operasinya sah, Pengurus Besar Uber di Malaysia Leon Foong menjawab: "Kami menaruh harapan untuk membantu usaha pihak berkuasa di Malaysia membangunkan ekosistem mobiliti bandar yang pintar yang mendukung inovasi dan mengutamakan keselamatan dan kepentingan penumpang dan pemandu di Malaysia".
Ketika ditanya oleh Bernama sama ada sukar untuk Uber berbuat demikian, beliau berkata: "Di Malaysia, seperti yang kami lakukan di seluruh dunia, Uber bekerjasama dengan kerajaan untuk mencapai matlamat bersama, memberi tumpuan kepada pilihan pengangkutan yang selamat, boleh dipercayai dan cekap yang dikawal selia". BACA: Pemandu teksi Malaysia paling teruk di dunia?
BACA: Pemandu Uber dan teksi berdepan isu yang sama, kata netizen
"Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dilaporkan berkata perkhidmatan Uber iaitu sistem tempahan teksi melalui aplikasi telefon pintar adalah menyalahi undang-undang kerana pemandunya beroperasi tanpa lesen atau permit.
Beliau berkata bahawa pemandu yang ingin menyediakan perkhidmatan itu perlu mempunyai lesen dan permit yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Foong juga memandang remeh mengenai demonstrasi yang diadakan oleh beratus-ratus pemandu teksi di Padang Merbok di sini sebagai membantah perkhidmatan Uber.
Beliau mendakwa bahawa pemandu teksi tersebut adalah golongan minoriti kerana "wakil dari industri teksi sendiri telah bersuara membantah demonstrasi itu."
"Kuala Lumpur tidak harus dikuasai oleh persatuan-persatuan pengusaha teksi yang tidak mengendahkan teknologi pintar dan hidup seperti zaman dahulu," kata Foong.
BACA: SPAD sita lebih 100 kenderaan Uber dan GrabCar sejak 2014
BACA: Uber kini boleh beroperasi secara sah di London
BACA: Warga asing 'diserang' pemandu teksi gara-gara isu Uber
Topic Berkaitan
#demonstrasi
#Leon Foong
#pemandu teksi
#Uber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan