awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dengar bunyi helikopter begitu kuat, tidak seperti biasa - Saksi

Bernama
Bernama
24/03/2021
14:41 MYT
Dengar bunyi helikopter begitu kuat, tidak seperti biasa - Saksi
Dalam kejadian helikopter jenis Airbus H125 yang terhempas pada jam 9.18 pagi tadi di kawasan LTSAAS itu, kelima-lima individu di dalam helikopter berkenaan dilaporkan selamat. - Gambar/ PDRM
KUALA LUMPUR: “Saya dengar bunyi kuat dari arah helikopter tetapi tidak seperti biasa,” kata R. Romu, 74, apabila ditanya mengenai insiden helikopter jenis Airbus H125 yang terhempas dalam kawasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), di Subang, pagi tadi.
Romu berkata dia mendengar bunyi kuat itu semasa hendak keluar bersarapan namun tidak memperdulikannya.
“Selepas bersarapan saya melalui jalan berhampiran LTSAAS dan mendapati sebuah helikopter telah terhempas.
"Saya sudah biasa dengar bunyi helikopter mahupun kapal terbang tetapi kali ini bunyinya amat lain tidak seperti kebiasaan (helikopter),” katanya kepada pemberita ketika ditemui berhampiran lokasi kejadian di LTSAAS, di sini, hari ini.
Helikopter terhempas di Subang, dua penumpang cedera
BACA: Helikopter terhempas di Subang, dua cedera
BACA: Helikopter terhempas di Subang dalam penerbangan persendirian dari Pahang - CAAM
Romu berkata beliau tidak pernah dengar bunyi yang begitu kuat sepanjang bekerja di kawasan berhampiran.
"Jarak lokasi kejadian dan tempat saya bekerja hanya 500 meter dan ini merupakan kali pertama dalam hidup saya melihat kejadian itu (helikopter terhempas),” katanya.
Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati bangkai helikopter berkenaan telah dialihkan dan dibawa ke hanger Airbus pada kira-kira 3 petang tadi dipercayai untuk siasatan lanjut oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara.
Nahas | Perkembangan insiden helikopter terhempas di Lapangan Terbang Subang
Selain itu, kelihatan kakitangan lapangan terbang juga sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian.
Dalam kejadian helikopter jenis Airbus H125 yang terhempas pada jam 9.18 pagi tadi di kawasan LTSAAS itu, kelima-lima individu di dalam helikopter berkenaan dilaporkan selamat.
Mereka yang berada dalam helikopter berkenaan adalah juruterbang, penolong juruterbang serta tiga penumpang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#helikopter
#terhempas
#Subang
#Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah
#LTSAAS
#cedera
#tiada kematian
#bomba
#CAAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan