awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengurusan tanah rumah ibadat di bawah bidang kuasa kerajaan negeri - Aaron
Bunuh ibu tunggal: Tiga lelaki direman tujuh hari
PokéPark Kanto buka tirai di Tokyo, Pokémon ‘hidup’ dalam dunia sebenar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Denggi: Kementerian Kesihatan kaji keberkesanan kaedah 'outdoor residual spray'

Bernama
Bernama
07/03/2015
01:09 MYT
Denggi: Kementerian Kesihatan kaji keberkesanan kaedah 'outdoor residual spray'
Kaedah ORS mula dilaksanakan di Selangor sejak awal Februari dalam usaha mengatasi peningkatan kes denggi yang dicatat di negeri berkenaan. - Gambar hiasan
Kementerian Kesihatan sedang mengkaji keberkesanan kaedah semburan asap baharu jenis 'Outdoor Residual Spray' atau ORS dalam mengurangkan kes denggi di negara ini.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kaedah ORS itu mula dilaksanakan di Selangor sejak awal Februari dalam usaha mengatasi peningkatan kes denggi yang dicatat di negeri berkenaan.
"Selangor merupakan negeri yang paling banyak mencatat kes denggi berbanding negeri-negeri lain. Jadi kami menggunakan kaedah ORS sebagai cara baharu untuk menghapuskan pembiakan nyamuk aedes selain pengkabutan biasa.
"Pada kebiasaannya semburan 'kabut' yang dilaksanakan selama ini hanya menyembur asap di udara di sekitar kawasan wabak tetapi melalui ORS, semburan asap dilakukan di dinding-dinding premis dan nyamuk yang berterbangan atau menghinggap dinding akan mati jika terkena kesan asap itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan dan pemeriksaan kawasan pembiakan nyamuk aedes bersama-sama pasukan penguatkuasaan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang di tapak pembinaan di sekitar Bandar Perda, di sini pada Jumaat.
Dr Hilmi berkata keputusan keberkesanan penggunaan ORS di Selangor hanya akan diketahui dalam tempoh tiga bulan selepas kaedah semburan itu dilakukan.
"Sekiranya keputusan menunjukkan kaedah itu berkesan dalam menghapuskan pembiakan nyamuk aedes, kementerian akan memperluaskan penggunaannya ke semua negeri kerana kes denggi adalah perkara yang serius dan perlu ditangani segera," katanya.
Sementara itu, beliau berkata bagi tempoh Januari hingga semalam, sebanyak 25,459 kes denggi direkod di seluruh negara berbanding hanya 17,677 dalam tempoh sama tahun lepas.
Beliau berkata sepanjang tempoh itu, 65 kematian direkodkan berbanding hanya 33 kematian pada tahun lepas dengan kes tertinggi dicatat di Selangor iaitu 14,979 kes dengan 37 kematian.
Sehubungan itu, Dr Hilmi meminta semua pihak agar terus melakukan pemeriksaan sendiri di premis masing-masing sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi memastikan tiada peralatan atau perkakasan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk.
Topic Berkaitan
#denggi
#Kementerian Kesihatan
#ORS
#residual spray
#teknik baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan