awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Melaka terima pelaburan lebih RM9 bilion bangunkan pusat data AI di Jasin
MARA tidak kompromi, sorok sebarang isu integriti petugasnya - Asyraf Wajdi
Dasar Penyakit Jarang Jumpa perkemas tadbir urus, akses rawatan - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dera amah: Sikap kemanusiaan rakyat Malaysia semakin pudar

Sinar Harian
Sinar Harian
10/09/2022
23:45 MYT
Dera amah: Sikap kemanusiaan rakyat Malaysia semakin pudar
Tindakan sebegini boleh memburukkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa serta bakal mengeruhkan hubungan antara negara lain. - Gambar hiasan. Gambar kecil: Rosdi Amir, Mohd Syahiran - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Sebanyak 797 kes penderaan membabitkan pembantu rumah warga Indonesia yang dilaporkan pada Khamis lalu oleh kedutaan negara tersebut menunjukkan sikap manusiawi sesetengah individu di negara ini dalam melayani warga luar semakin pudar.
Pengerusi Yayasan Anti Rasuah Malaysia (Johor), Rosdi Amir berkata, perkara ini tidak seharusnya terjadi memandangkan ramai dalam kalangan mereka hakikatnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Ujar beliau, terdapat ramai rakyat Malaysia yang turut merantau ke luar negara bagi mencari peluang rezeki lebih baik.
“Apa perasaan kita kalau hal yang sama berlaku kepada mereka, bayangkan jika di antara mereka itu merupakan keluarga kita. Bukankah kita juga pasti tidak dapat menerimanya?
“Kita mesti ingat, tindakan-tindakan sebegini boleh memburukkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa serta bakal mengeruhkan hubungan antara negara lain. Jangan lupa kita juga ada bergantung jasa kepada negara-negara luar dalam hal-hal tertentu,” kata Rosdi ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Media sebelum ini turut melaporkan bahawa daripada jumlah kes penderaan tersebut, 22 daripadanya disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM 2007)
BACA: Sebanyak 797 kes dera pembantu rumah warga Indonesia dilapor sejak 2020 - Duta
Rosdi ketika diminta mengulas tentang isu sindiket pemerdagangan dan penyeludupan melibatkan warga asing yang semakin meluas dalam negara ini menyatakan bahawa ia merupakan signal amaran bagi kerajaan untuk semakin berjaga-jaga serta mengambil langkah drastik bagi mematahkan kegiatan tersebut.
“Pihak kerajaan harus menggerakkan satu usaha bersepadu yang lebih efektif serta tidak sekadar mengharapkan pihak-pihak tertentu seperti Imigresen dan Maritim.
“Perlu juga dilakukan kerjasama sehingga ke peringkat yang paling bawah hatta dengan khidmat daripada pihak Jawatankuasa Ketua Kampung (JKK),” ujar beliau.
Jelas beliau, hal tersebut kerana sindiket berkenaan sangat kerap menjadikan kawasan luar bandar terutamanya pesisir pantai di sesetengah perkampungan sebagai tempat kegiatan penyeludupan itu.
Sementara itu, Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kelantan, Mohd Syahiran Muhammad berpendapat masyarakat yang majoritinya adalah berpendidikan, tidak wajar melakukan penindasan sedemikian rupa terhadap warga asing yang bekerja dengan mereka.
Justeru, beliau menggesa pihak kerajaan untuk menangani masalah tersebut bagi memelihara hubungan dengan negara jiran.
“Perkara ini harus disegerakan sebelum hubungan baik Malaysia terutama dengan negara luar seperti Indonesia terjejas akibat isu penderaan terhadap warga mereka,” tegasnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#dera
#pembantu rumah
#sikap manusiawi
#Rosdi Amir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan