awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan kelemahan dolar
Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurangan
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ismanira tidak dibenar tangguh hukuman penjara lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dera murid hingga melecur: Dua guru tuisyen ditahan

Bernama
Bernama
28/03/2017
14:02 MYT
Dera murid hingga melecur: Dua guru tuisyen ditahan
Kakak mangsa memaklumkan dia percaya adik lelakinya diperlakukan sedemikian kerana nakal dan tidak mahu menyiapkan kerja sekolah. - Gambar fail
Dua wanita ditahan bagi membantu siasatan kes seorang murid tahun satu yang cedera dan melecur di punggungnya, dipercayai akibat dirotan dan didera menggunakan peralatan panas oleh guru tuisyennya.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata kedua-dua suspek berusia 34 dan 23 tahun itu merupakan guru tuisyen di tempat mangsa belajar.
"Kedua-dua wanita tersebut ditahan petang semalam bagi membantu siasatan. Ini menjadikan jumlah orang yang ditahan setakat ini adalah tiga orang termasuk seorang lelaki.
"Kesemua mereka telah direman lima hari mulai hari ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam sidang media yang diatur Anggota Dewan Undangan Negeri Pengkalan Rinting, Cheo Yee How semalam, kakak mangsa memaklumkan dia percaya adik lelakinya diperlakukan sedemikian kerana nakal dan tidak mahu menyiapkan kerja sekolah.
Dia juga mendakwa hanya dimaklumkan tentang kejadian kira-kira pukul 5 petang itu oleh sepasang suami isteri yang merupakan jiran guru terbabit.
Menurut wanita itu, pasangan berkenaan memberitahu adiknya telah melarikan diri dari rumah guru berkenaan dan bersembunyi di rumah mereka.
"Apabila berjumpa adik, saya dapati terdapat kesan darah pada seluarnya dan kesan melecur pada punggung. Adik saya memberitahu guru itu merotannya dan kemudian melecurkan punggungnya menggunakan cawan dan kuali panas yang direndam dalam air mendidih," katanya.
Mohd Taib berkata susulan laporan polis yang dibuat oleh kakak mangsa, seorang lelaki telah ditahan dan dipercayai merupakan pembantu kepada guru terbabit. --Bernama
Topic Berkaitan
#dakwa didera
#Melecur dipunggung
#pukul rotan.
#pusat tuisyen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan