awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Derma ikhlas bukan rasuah kerana tiada pulangan dijanjikan - Mohd Fatmi

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
07/08/2015
08:19 MYT
Derma ikhlas bukan rasuah kerana tiada pulangan dijanjikan - Mohd Fatmi
MOHD FATMI: Kalaulah sejumlah itu dikatakan rasuah, berapa banyak pula dia akan dapat pulangan? Tiada projek yang lebih besar daripada nilai itu. -Foto Astro AWANI / Muhafandi Muhamad
Derma yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib berjumlah RM2.6 bilion tidak boleh dianggap sebagai rasuah kerana tiada pulangan dijanjikan kepada penderma berkenaan.
Bekas setiausaha politik kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh memaklumkan derma yang disalurkan itu merupakan satu bentuk sumbangan ikhlas daripada individu yang tidak mahu namanya didedahkan.
“Kalaulah sejumlah itu dikatakan rasuah, berapa banyak pula dia akan dapat pulangan? Tiada projek yang lebih besar daripada nilai itu.
“Yang kedua, kalau saya yang menderma, sudah tentu saya mempunyai lebih banyak daripada itu," kata Mohd Fatmi.
Tambahnya, derma hanya boleh dianggap sebagai rasuah sekiranya pulangan yang dijanjikan kepada individu berkenaan melebihi nilai derma yang disalurkan.
“Kalau amaun yang besar sebagai pulangan, sudah tentu sumbangan yang besar itu untuk memastikan sesuatu dicapai oleh penerima derma itu,” kata Mohd Fatmi.
“Dalam hal ini, penderma itu percaya bahawa Malaysia perlu bantuan bagi memastikan Kerajaan dapat dipertahankan,” katanya lagi.
Bercakap kepada pemberita, Mohd Fatmi memaklumkan penyumbang dana politik ini merupakan perkara biasa yang dilakukan oleh mana-mana parti politik di dunia.
Sehingga kini, tegasnya, tiada undang-undang yang memperuntukkan penderma dana politik mendedahkan identitinya seperti yang dijelaskan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Hanapi Mamat pula berpandangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai entiti korporat, pasti ada perkara yang boleh dijelas atau tidak boleh dijelaskan kepada umum.
“Cuma dalam hal 1MDB ini, rakyat masih mahu tahu lebih mendalam dan saya sedia maklum dalam kerajaan atau parti, ada perkara yang boleh didedah, ada perkara yang tidak boleh didedah takut menjejaskan keselamatan negara, perpaduan kaum, juga hubungan luar negara,” katanya.
Hanapi juga percaya Najib tidak mendapat gambaran jelas tentang 1MDB, namun yakin suatu hari nanti beliau akan mengumumkannya kepada rakyat.
Katanya di peringkat akar umbi beliau turut ditanya berhubung perkara ini, namun maklumat yang ada hanya sedikit untuk dijelaskan kepada ahli.
Topic Berkaitan
#1MDB
#akaun peribadi
#dana politik
#derma
#mohd fatmi
#najib
#sumbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan