Keperibadian identiti bangsa Melayu yang terkenal dengan sikap lemah lembut dan berbudi bahasa, jelas terpancar dalam proses pembentukan destar yang memerlukan sikap sabar, kekemasan, kehalusan dan ketelitian.
Penyandang adat Istana Besar Seri Menanti Datuk Menteri Laksamana Alias Zakaria berkata penciptaan destar ini jelas menggambarkan daya kreativiti yang tinggi dalam masyarakat Melayu iaitu bentuk destar yang dicipta oleh tukang Melayu bukan sahaja indah dipandang tetapi mempunyai nilai estetika yang dapat dibanggakan.
"Satu daripada simbol atau lambang yang terjelma daripada bentuk destar ialah kepahlawanan dan sejak dahulu lagi pemakaian destar sudah dikaitkan dengan semangat kepahlawanan Melayu.
"Ini jelas ekoran kebiasaan panglima, hulubalang atau pahlawan Melayu zaman silam yang sentiasa memakai pakaian lengkap berdesta dan keris yang tersisip di pinggang.
"Orang Melayu berkebolehan mencipta sesuatu dan setiap ciptaannya adalah menurut kesesuaian dan menggambarkan hubungannya dengan alam sekitar," katanya ketika menyampaikan ceramah pada Bengkel Pembuatan Tanjak dan Tengkolok yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu negeri Mohamad Nazaruddin Sabtu di sini, pada Sabtu.
Bengkel yang julung kali diadakan itu anjuran Persatuan Kebajikan Zuriat Keturunan Pusaka Bentan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Warisan Tanah Beradat Negeri Sembilan bersama Persatuan Peniaga Bazar Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Seremban.
Mengulas lanjut, Alias berkata pengekalan sejarah dalam pemakaian destar ini dapat digambarkan melalui bentuk destar yang sarat dengan nilai seni dan keindahan yang masih kekal dan tetap disanjung dan sekalipun tahun telah beredar dan zaman telah berubah namun destar tetap indah dan unik.
"Simbol keagamaan jelas terpancar. Umpama bentuk destar yang dipakai oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dapat menjelaskan kedudukannya sebagai ketua agama. Lipatan simbol yang tertentu 'Dendam Tak Sudah' mempunyai lima lipatan menggambarkan lima prinsip yang terkandung di dalam rukun Islam.
"Perkataan 'Dendam Tak Sudah' bermaksud ketidakpuasan hati si penakuk semasa menghasilkan lipatan destar iaitu ia berasal daripada perkataan 'Andam Tak Sudah' yang bermaksud pengabadian kepada keselamatan dan kesejahteraan masyarakat dan kesempurnaan hanya Allah yang maha sempurna dan kepadanya segala sesuatu itu dicipta," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Bentan Malaysia yang juga pengarah program Datuk Nazri Kamal berkata bengkel yang diadakan secara percuma ini bertujuan memupuk minat dalam kalangan anak muda dan pelajar dalam membudayakan pemakaian tanjak dan tengkolok.
"Bengkel ini diharap dapat mendidik generasi muda menyayangi dan mengekalkan warisan budaya serta adat yang menjadi identiti negara ini. Ia juga dapat meningkatkan pemahaman mereka mengenai tanjak dan tengkolok bermula daripada konsep, jenis dan cara-cara membuatnya," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 24 2019
Penciptaan destar ini jelas menggambarkan daya kreativiti yang tinggi dalam masyarakat Melayu. - Ganmbar hiasan/Bernama
Malaysia ambil maklum laporan kapal tentera laut asing di ZEE
Kementerian Luar ambil maklum laporan mengenai kehadiran sebuah kapal tentera laut asing berhampiran pelantar minyak luar pesisir di Malaysia.
Ringgit dijangka hampiri paras 4.40 menjelang akhir tahun - Kenanga IB
Ringgit dijangka diniagakan hampir pada paras 4.40 menjelang akhir tahun berikutan petanda yang membayangkan Fed AS mungkin mengurangkan kadarnya hanya 50-75 mata asas tahun ini.
Rekod simpanan Arkib Negara dapat hasilkan catatan sejarah lebih menyeluruh - Aaron
Sebelum ini, rekod di arkib mungkin kurang dimanfaatkan pengkaji sejarah hingga timbul isu catatan sejarah negara tidak begitu komprehensif.
ACT 2024: Speedy Tigers tewas 2-4 kepada China
Gawang Malaysia bolos seawal minit kesembilan menerusi jaringan sudut penalti Gao Jiesheng sebelum Muhammad Azrai Aizad menyamakan kedudukan.
Isteri hidap dementia tak sedar suami rentung di halaman rumah
Mayat mangsa ditemui orang awam dalam keadaan terbaring di halaman sebuah rumah bersebelahan bangunan Majlis Perbandaran Kangar.
32 NADI siap sepenuhnya di Pulau Pinang - Zairil
Keseluruhannya, 35 NADI beroperasi di Pulau Pinang termasuk tiga sedia ada manakala baki enam lagi dijangka siap pada hujung bulan ini.
LPP ajak usahawan ceburi ternakan udang kara
LPP sedia berkolaborasi dengan syarikat penternakan udang kara bagi memberi latihan dan mengajar kaedah ternakan untuk dipraktikkan.
Singapura cadangkan rang undang-undang larang kandungan deepfake semasa pilihan raya
Rang Undang-Undang itu mencadangkan larangan penerbitan iklan pilihan raya dalam talian (OEA) yang dijana atau dimanipulasi secara digital.
MyPELINDUNG 2024: Jamin kehidupan selamat bersama COVID-19
Kempen MyPELINDUNG 2024 terus membantu rakyat Malaysia untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu.
Persembahan 'Rumah MADANI Jiwa Merdeka' antara tarikan sambutan Hari Malaysia
Rumah MADANI Jiwa Merdeka bakal dipersembahkan oleh 100 artis budaya daripada Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.
Destar lambang keperibadian dan identiti bangsa Melayu
Penciptaan destar ini jelas menggambarkan daya kreativiti yang tinggi dalam masyarakat Melayu.
Anggota UMNO perlu bersatu pertahan kaum pribumi dan agama - Shahidan
Anggota UMNO perlu bersatu untuk mempertahankan kedudukan bangsa Melayu sebagai kaum pribumi serta Islam sebagai agama rasmi.