KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus mengambil langkah-langkah yang perlu dalam berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi global, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, keadaan ekonomi global menjadi lebih mencabar pada bulan ini berbanding tiga bulan lepas iaitu pada Februari.
Advertisement
"Pada akhir Februari, harga minyak mentah berada pada US$70 setong...hari ini (harga telah melonjak) kepada US$115 dolar setong. Lonjakan ini terlalu tinggi, maknanya kesan (ketidaktentuan) ekonomi itu (turut dirasai) di seluruh dunia.
"Ada (kekurangan) bahan-bahan bagi yang bekerja di ladang, seperti kekurangan fosfat dalam masa singkat, selain harga diesel naik. Mereka yang bekerja di kilang, yang bawa lori...semuanya terkesan," kata beliau.
Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Hari Pekerja sempena Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2026, di sini, hari ini.
-- BERNAMA