awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara perlu cepat adaptasi ilmu AI, garis panduan keselamatan - MCCA
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Detik gembira bertukar tragedi, remaja lemas di Sungai Padas, Tenom

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
15/04/2018
09:49 MYT
Detik gembira bertukar tragedi, remaja lemas di Sungai Padas, Tenom
Mangsa dikenali sebagai Mohd Nazim Idris, 15, ditemui petang tadi pada kedalaman tiga meter di sungai berkenaan. - Foto Astro AWANI / Ruzaini Zulkepli
Keseronokan sebuah keluarga bermandi manda berakhir tragedi apabila salah seorang mereka ditemukan mati lemas dalam kejadian di Sungai Padas, dekat sini, pagi tadi.
Mangsa dikenali sebagai Mohd Nazim Idris, 15, ditemui petang tadi pada kedalaman tiga meter di sungai berkenaan oleh sepasukan anggota bomba yang dikejarkan ke lokasi tersebut sebaik menerima panggilan kecemasan oleh orang awam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom Zainal Sinsian berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.40 pagi berhubung insiden itu sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi terbabit untuk operasi mencari mangsa yang dilaporkan hilang ketika bermandi-manda.
"Mangsa telah dijumpai oleh pasukan bomba pada jam 1.50 petang dengan kedalaman jarak tiga meter daripada lokasi dilaporkan lemas.
"Mayat mangsa sudah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Topic Berkaitan
#bomba
#hilang
#keluarga
#lemas
#mangsa
#mati
#mayat
#operasi
#polis
#remaja
#Sabah
#Tenom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan