awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Negara lulus RUU Perbekalan Tambahan (2016) 201

Bernama
Bernama
25/04/2017
16:25 MYT
Dewan Negara lulus RUU Perbekalan Tambahan (2016) 201
RUU itu yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz diluluskan tanpa dibahas dan tanpa pindaan. - Gambar fail
Dewan Negara malam ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2016) 2017 bagi memohon perbelanjaan tambahan sebanyak RM3.08 bilion untuk perkhidmatan 2016 .
RUU itu yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz diluluskan tanpa dibahas dan tanpa pindaan.
Yang Dipertua Dewan Negara Datuk S A Vigneswaran meluluskan usul itu selepas menyaksikan lebih suara menyokong berbanding membantah.
Pada 27 Mac lepas, RUU itu diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat setelah dibahas di peringkat jawatankuasa.
Sebahagian besar perbelanjaan itu diperuntukkan kepada Kumpulan Wang Terkanun iaitu sebanyak RM2,248,437,560, Kementerian Pendidikan (RM297,960,000), Kementerian Pengangkutan (RM215,709,466), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (RM128,000,000), Kementerian Kesihatan (RM104,400,000) dan Kementerian Luar (RM24,126,000).
RUU itu turut melibatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan perbelanjaan sebanyak RM62,780,000.
Dewan Negara juga meluluskan usul menjunjung kasih ke atas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V semasa merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-13 pada 6 Mac lepas.
Persidangan Dewan Negara bersambung hari ini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Negara
#Dewan Rakyat
#Othman Aziz
#S A Vigneswaran
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Wang Terkanun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan