KUALA LUMPUR: Tiga Rang Undang-Undang (RUU) di bawah Kementerian Kewangan diluluskan di Dewan Negara hari ini, yang antara lain bagi memodenkan dan mengemaskini aspek perundangan Pusat Kewangan dan Perniagaan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC).
Rang Undang-Undang Syarikat Labuan (Pindaan) 2022 bagi meminda Akta Syarikat Labuan 1990 (Akta 441) dan Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan (Pindaan) 2022 bagi meminda Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 telah dibahaskan dan diluluskan.
Sementara Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan (Pindaan) 2022 bagi meminda Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 turut dibahaskan dan diluluskan.
Timbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa berkata pindaan Akta 441 adalah bagi menerima pakai piawaian dan amalan kewangan antarabangsa terbaik berkaitan pencegahan wang haram dan pembiayaan keganasan.
"Berdasarkan pernilaian risiko yang dibuat ke atas Malaysia termasuk Labuan IBFC di bawah Financial Action Task Force (FATF) pada tahun 2014, FATF telah mencadangkan beberapa langkah yang perlu diambil di Malaysia termasuk Labuan IBFC dalam mencegah dan membanteras aktiviti pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.
"Penilaian itu merangkumi tahap pematuhan dan sebanyak 40 cadangan telah dikemukakan oleh FATF supaya tahap keberkesanan sistem itu dapat diperkukuhkan," katanya semasa menggulung pembentangan Rang Undang-Undang tersebut di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata pindaan terhadap Akta 441 juga dibuat supaya Labuan IBFC dapat mematuhi piawaian percukaian antarabangsa bagi menangani masalah ketirisan hasil cukai dan pemindahan keuntungan.
"Pindaan RUU hari ini dibuat supaya kita tidak disenarai hitam sebagai bidang kuasa yang menggalakkan aktiviti pengubahan wang haram dan melunaskan komitment terhadap FATF, serta memastikan rangka kerja percukaian kita menepati piawaian antarabangsa," katanya.
Dalam pada itu Yamani Hafez berkata antara pindaan pada Akta 441 yang dibuat termasuk melarang pengeluaran waran syer mana-mana syarikat di Labuan.
"Kita juga peruntukkan pengenalan berkaitan ketelusan maklumat pemunya benefisial dan keperluan syarikat di Labuan memperoleh, menyimpan rekod dan mengemaskini maklumat supaya ia boleh diakses oleh pelanggan dan pelabur," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 31 2022
Timbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa berkata pindaan Akta 441 adalah bagi menerima pakai piawaian dan amalan kewangan antarabangsa terbaik berkaitan pencegahan wang haram dan pembiayaan keganasan. - Bernama
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Dewan Negara luluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan sebulat suara semua Ahli Dewan Negara.
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
MCMC tangani 2,444 laman sesawang, kandungan unsur pelacuran sejak Januari 2022 - Fahmi
MCMC dengan kerjasama penyedia platform seperti Meta, Telegram dan TikTok telah menangani 2,444 laman sesawang dan kandungan berunsur pelacuran sejak Januari 2022.
Penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang perlu penelitian mendalam - Azalina
Cadangan penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang memerlukan pertimbangan serta penelitian lebih mendalam.
Segmen E&E catat pelaburan direalisasikan sebanyak RM4.8 bln sehingga Jun 2024 - MITI
Prestasi pelaburan tersebut bersamaan 69.5 peratus daripada nilai pelaburan yang direalisasikan untuk sektor perkilangan.
Tiada cukai baharu dalam tempoh terdekat - Kementerian Kewangan
Pada masa ini, fokus kerajaan adalah untuk meningkatkan pematuhan dan menambah baik sistem cukai sedia ada.
Malaysia di landasan tepat kurangkan kadar defisit secara konsisten - Amir Hamzah
Malaysia berada pada landasan yang betul dalam mengurangkan kadar defisit secara konsisten, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Banjir: Kerajaan hargai sumbangan swasta, korporat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan kepada sektor swasta dan korporat atas sumbangan mereka dalam membantu meringankan beban mangsa banjir di beberapa negeri keti
Pemakaian peranti pengesanan, pengawasan bukan untuk semua penyakit berjangkit
Pemakaian peranti bagi tujuan pengawasan di bawah RUU Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024, tidak terguna pakai untuk semua jenis penyakit berjangkit.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.