awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat: 80 peratus graduan bakal dapat kerja menerusi Penjana KPT-CAP

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
26/11/2020
03:52 MYT
Dewan Rakyat: 80 peratus graduan bakal dapat kerja menerusi Penjana KPT-CAP
Noraini berkata, program itu memanfaatkan 7,596 graduan dan sekurang-kurangnya 80 peratus atau 6,077 graduan akan mendapat penempatan pekerjaan. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Sebanyak 87 program menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), Kementerian Pengajian Tinggi-Career Advancement Programme (Penjana KPT-CAP) disediakan dengan peruntukan sejumlah RM34.8 juta sudah diluluskan setakat 3 November lalu.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, program itu memanfaatkan 7,596 graduan dan sekurang-kurangnya 80 peratus atau 6,077 graduan akan mendapat penempatan pekerjaan.
"Tiga program utama dirangka di bawah Penjana KPT-CAP iaitu Program Pemadanan dan Penempatan Pekerjaan, Program Berterusan Keusahawanan dan program yang bercirikan ekonomi gig.
"Program berbentuk latihan kemahiran jangka pendek dan sederhana ini dijangka dapat memberi manfaat dan nilai tambah kepada sejumlah 20,000 graduan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH-Hang Tuah Jaya) pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Khamis.
Dalam pada itu, Noraini berkata, sebagai tambahan, KPT giat memperkukuhkan kolaborasi dengan kerajaan negeri melalui program JOBs@State.
"Program berkonsepkan penempatan dan latihan ini menawarkan penempatan pekerjaan di syarikat di bawah kerajaan negeri dengan tempoh minimum kontrak selama 12 bulan dan dijangka memanfaatkan 4,200 graduan.
"Selain itu, program GRADpreneur@State dilaksana mensasarkan seramai 2,800 graduan yang berminat untuk menjadi usahawan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#PENJANA
#kerajaan
#usahawan
#KPT
#Datuk Dr Noraini Ahmad
#graduan
#peluang pekerjaan
#PENJANA KPT-CAP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan