KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia melihat ada keperluan untuk pemberian vaksinasi bagi kanak-kanak di antara 5 hingga 11 tahun, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pemerhatian kerajaan mendapati, pembukaan sektor sosial menyebabkan kanak-kanak lingkungan umur berkenaan turut terdedah kepada COVID-19, tanpa sebarang perlindungan.
“Kita nak lindungi anak-anak kita, seperti mana kita jalankan vaksinasi pada remaja lingkungan 12 - 17 yang kini capai pada tahan 85.9 peratus, kadar vaksinasi untuk anak-anak tersebut.
“Apabila kita benarkan pergerakan, kita bawa anak kita ke Langkawi, kenduri kahwin, mereka ini tak dilindungi, berdasarkan sains. Jadi kerajaan hari ini akan berusaha mengadakan vaksinasi untuk kanak-kanak berusia antara 5 hingga 11 tahun,” katanya lagi.
Ahli Parlimen Bagan Serai itu berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, yang ingin mengetahui tahap pertimbangan kerajaan untuk vaksinasi kanak-kanak antara 5 hingga 11 tahun.
Pada 29 Oktober lepas, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, Malaysia akan meneruskan pemerolehan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun.
Katanya lagi, berkata, pilihan vaksin lain seperti vaksin Sinovac juga akan diberi pertimbangan untuk pemberian vaksin terhadap golongan tersebut.
Terdahulu, Dr Noor Azmi berkata, rakyat diseru untuk segera mendapatkan dos penggalak, sekiranya mereka mempunyai temu janji yang ditetapkan.
Beliau berkata, setakat ini tiada maklumat terperinci mengenai varian baharu Omicron, ciri-cirinya, atau sejauh mana kadar kebolehjangkitannya, berbanding varian terdahulu.
“Pertubuhan Kesihatan telah namakan omicron, dan telah menjadikan dia salah satu VOC (variant of concerns). Kita tak tahu keterukan, sejauh mana vaksin boleh menangkis varian ini, kita tak tahu tahu regim ubatan sekarang dapat merawat penyakit ini.
“Sebab itu rakyat kena, walaupun kita dah berada di fasa empat, bebas bergerak, mula adakan aktiviti sosial, rakyat selalu berjaga-jagaj, supaya kita sama-sama dapat hindarkan diri dari COVID-19,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Mon Nov 29 2021
Pembukaan sektor sosial menyebabkan kanak-kanak lingkungan umur berkenaan turut terdedah kepada COVID-19, tanpa sebarang perlindungan. - Foto BERNAMA
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
PRU15: Pas mahu kerusi Parlimen Bagan Serai?
Bagaimana pula dengan nasib penyandang kerusi, Dr Noor Azmi Ghazali dari Bersatu?
COVID-19: Peningkatan kes, rakyat tidak perlu bimbang - Dr Noor Azmi
Orang ramai tidak perlu bimbang dengan sedikit peningkatan kes positif COVID-19 sejak seminggu lalu, lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Tiada lagi saman tak pakai pelitup muka di tempat awam - KKM
Tiada lagi saman dikeluarkan terhadap mana-mana individu yang tidak mengenakan pelitup muka di tempat awam susulan pengumuman baru-baru ini.
Keputusan penggunaan pelitup muka diumum dalam masa terdekat - Dr Noor Azmi
KKM kini di peringkat akhir perbincangan sebelum membuat keputusan muktamad.
KKM halusi kerjasama dengan negara pengeluar bekalan bahan aktif farmaseutikal
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperhalusi satu kerangka bagi mewujudkan kerjasama strategik bersama negara pengeluar utama bekalan bahan aktif farmaseutikal (API) iaitu India dan China.
Hospital sesak, KKM tidak sewenang-wenang biar pesakit menunggu lama - Timb. Menteri
Lazimnya kesesakan di hospital kerajaan berlaku disebabkan peningkatan kes sesuatu penyakit.
Gelaran doktor untuk pengesyoran kosmetik dilarang - Dr Noor Azmi
Arahan itu adalah berdasarkan Guideline for Cosmetic Advertisement yang dikeluarkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
COVID-19: Jangan leka, kes sedang meningkat semula - Timb. Menteri Kesihatan
Orang ramai dinasihatkan tidak mengabaikan pematuhan SOP.
Aidiladha: Terus amal SOP kawal penularan COVID-19
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bimbang penularan COVID-19 akan terus meningkat ketika perayaan Hari Raya Aidiladha hujung minggu ini.
Wad kelas tiga tidak pernah dianaktiri, polisi lapuk perlu diubah - Dr Noor Azmi
Kerajaan tidak pernah menganaktirikan wad kelas tiga di hospital-hospital seluruh negara, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.