KUALA LUMPUR: Adakah Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong sibuk berkempen di Johor sehingga lupa tugas hakiki untuk menjawab soalan di Dewan Rakyat?
Itu persoalan dibangkitkan Anthony Loke Siew Fook (PH - Seremban) yang tidak berpuas hati apabila soalannya berkaitan e-testing Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hanya dijawab oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Henry Sum Agong.
Tegasnya, tanggungjawab menteri adalah menjawab soalan di Parlimen, bukan sibuk berkempen sahaja.
“Saya nak tanya timbalan menteri sama ada Menteri Pengangkutan terlalu sibuk berkempen di Johor sehingga lupa tugas hakiki untuk menjawab soalan di Parlimen, ponteng Parlimen pada pagi ini.
“Saya pun pergi Johor semalam, jam 2 pagi baru sampai Kuala Lumpur tapi Setiausaha Dewan Rakyat ingatkan saya supaya datang awal pagi ini.
“Ini tanggungjawab kita sebagai Ahli Parlimen, tanggungjawab menteri untuk menjawab soalan di Parlimen, bukan sibuk berkempen sahaja,” katanya sebelum bertanya soalan tambahan di Dewan Rakyat pada Rabu.
Begitupun, Henry Sum yang menggantikan Ka Siong enggan menjawab pertanyaan Anthony Loke dan mengatakan ia adalah isu politk.
“Terima kasih di atas soalan tambahan tadi. Yang pertama itu, itu tak perlu dijawab kerana merupakan politik ya…” kata Henry.
Anthony Loke terus membalas: “Ini bukan politik, itu tugas hakiki. Dia tak hadir itu fakta!”
“Saya nak maklumkan bahawa Menteri mempunyai komitmen yang lain, yang sama penting, mungkin di…” balas Henry Sum.
Namun, belum sempat beliau menghabiskan ayat, Anthony Loke terus mencelah:
“Komitmen di Yong Peng,” katanya.
Meskipun bertikam lidah buat seketika namun sesi jawab lisan selepas itu diteruskan dengan Henry Sum terus menjawab soalan seterusnya daripada Ahli Parlimen Seremban itu.
Ridauddin Daud
Wed Mar 09 2022
Anthony Loke mempersoalkan ketiadaan Ka Siong di Dewan Rakyat sedangkan menurut beliau, menteri sepatutnya ada untuk menjawab soalan daripada Ahli Parlimen. - Gambar fail/BERNAMA
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Cadangan kembalikan nama SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin ke Kabinet - TPM
Katanya, cadangan tersebut tidak membabitkan isu soal perkauman tetapi kerana itu adalah nama sekolah berkenaan yang diluluskan pada 2017.
Pelantikan sebagai Penasihat Pelaburan Masyarakat Cina tidak jejas kedudukan Ka Siong - Zahid
Ahmad Zahid berkata pelantikan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sebagai Penasihat Pelaburan Masyarakat Cina di Malaysia tidak menjejaskan kedudukan beliau.
Ka Siong persoal cara hendak kenal pasti T15
Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong mendakwa, usaha ini akan merumitkan ramai pihak termasuk pengendali, pekerja serta pengguna di stesen minyak.
MCA mahu kerajaan pelihara, pertahan hak kebebasan bersuara rakyat
Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong hari ini menggesa kerajaan supaya terus memelihara dan mempertahan hak kebebasan bersuara rakyat Malaysia.
Tiada parti komponen, Friends of BN dipinggirkan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata semua parti komponen BN dan Friends of BN sentiasa melakukan sesi keterlibatan dan perbincangan bersama, mengenai pelbagai isu.
Bagaimana terima semua pelajar cemerlang tanpa jejas kuota bumiputera? - MCA
KPM dan KPT perlu memperincikan butiran mengenai pelaksanaan kemasukan semua lepasan SPM cemerlang dalam program matrikulasi.
SJKC Poay Chai di Taman Bukit Indah beroperasi 23 Jun
SJKC Poay Chai di Singkir, Kedah yang dipindahkan ke lokasi baharu di Taman Bukit Indah, dijangka beroperasi pada 23 Jun ini.
Sistem e-Invois: LHDN jawab dakwaan Ka Siong
Dalam tempoh setahun sebelum pelaksanaan penuh e-Invois, LHDN akan adakan program dan sesi libat urus bagi tujuan kesedaran dan pendidikan.
GST lebih baik, kurang bebankan rakyat - Ka Siong
Pelaksanaan GST didapati lebih baik dan kurang membebankan rakyat berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata Ka Siong.
Ketua Wanita MCA pertama meninggal dunia
Ketua Wanita MCA pertama Tan Sri Rosemary Chow Poh Kheng, meninggal dunia hari ini.