awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat bertafakur pemergian dua ahli parlimen

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
06/03/2018
04:12 MYT
Dewan Rakyat bertafakur pemergian dua ahli parlimen
Selain ucapan taziah, beliau berharap seluruh ahli keluarga kedua-dua allahyarham terus tabah berdepan situasi itu. - Foto Bernama
Dewan Rakyat hari ini bertafakur dan merakam ucapan takziah kepada ahli keluarga Datuk Zainudin Ismail (BN-Jelebu) dan Datuk Seri Abdul Manan Ismail (BN-Paya Besar) yang meninggal dunia baru-baru ini.
Zainudin, 57 tahun, meninggal dunia akibat ketumbuhan otak pada 6 Disember tahun lalu manakala Abdul Manan, 69 tahun, meninggal pada 12 Februari dipercayai akibat sesak nafas.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mewakili Dewan Rakyat menzahirkan rasa dukacita dan sedih dengan pemergian kedua-dua ahli parlimen yang merupakan kehilangan besar kepada negara.
Selain ucapan taziah, beliau berharap seluruh ahli keluarga kedua-dua allahyarham terus tabah berdepan situasi itu.
Pandikar turut mendoakan roh kedua-dua mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Zainuddin menjadi Ahli Parlimen Jelebu sejak 2013 manakala Abdul Manan dipilih sebagai Ahli Parlimen Paya Besar mulai 2008.
Topic Berkaitan
#BN Jelebu
#Datuk Seri Abdul Manan Ismail
#Datuk Zainudin Ismail
#tafakur
#takziah
#Tan Sri Pandikar Amin Mulia
#ucapan
#Yang Dipertua Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan