awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Monsun Timur Laut: NRES fokus tingkat sistem amaran awal bencana
Krisya perkemas teknik nyanyian, sedia tampil karya baharu
Buka pusat khidmat bukan tanda tandingi kerusi Parlimen Padang Serai - Saifuddin Nasution
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat bincang isu agensi khidmat amah tidak berlesen, miskin tegar hari ini

Bernama
Bernama
24/11/2025
01:10 MYT
Dewan Rakyat bincang isu agensi khidmat amah tidak berlesen, miskin tegar hari ini
Selesai sesi soal jawab lisan, sidang Dewan Rakyat diteruskan dengan menyambung semula perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat jawatankuasa, bagi beberapa kementerian. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Isu agensi pengambilan pembantu rumah tidak berlesen serta perkembangan usaha kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar, merupakan antara perkara yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan jumlah kes melibatkan agensi pengambilan pembantu rumah tidak berlesen atau maid-scammer termasuk dalam talian yang direkodkan dalam tempoh tiga tahun, pada sesi soal jawab lisan.
Beliau juga ingin mengetahui langkah serta tindakan tegas yang dilaksanakan kementerian dan agensi penguatkuasaan bagi membanteras penipuan dan melindungi mangsa terlibat.
Pada sesi sama, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN-Permatang Pauh) mengajukan soalan kepada Menteri Ekonomi berhubung perkembangan usaha kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan tegar, yang dilihat masih belum mencapai sasaran serta halangan yang dihadapi.
Selain itu, Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) bertanyakan Menteri Komunikasi mengenai data jumlah syarikat kurier dan pegangan pasaran, termasuk jenis syarikat antarabangsa atau tempatan.
Beliau juga ingin tahu sama ada kementerian akan menetapkan harga lantai untuk perkhidmatan penghantaran kurier, memandangkan Garis Panduan Harga Rujukan bagi Perkhidmatan Kurier yang diperkenalkan pada tahun 2022 hanyalah sekadar panduan harga dan bukan mandatori.
Turut tersenarai soalan Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun) kepada Menteri Kewangan mengenai sama ada kerajaan bercadang memperkenal mekanisme baharu yang lebih menyeluruh, bagi memastikan cukai terhadap golongan kaya dan pemilik barangan mewah dapat dipungut secara berkesan selepas Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT) dibatalkan.
Persidangan Dewan Rakyat kemudian diteruskan dengan menyambung semula perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat jawatankuasa, bagi beberapa kementerian.
Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-15 Dewan Rakyat berlangsung selama 35 hari hingga 4 Dis ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Parlimen
#pembantu rumah tidak berlesen
#miskin tegar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan