KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan menubuhkan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) secara maya di seluruh negara, dalam masa terdekat.
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata pelaksanaan CAC maya di Lembah Klang di bawah Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley terbukti berkesan bagi menguruskan kes positif COVID-19 Kategori 1 dan 2.
"Hasil daripada penubuhan CAC maya, kedatangan pesakit di Greater Klang Valley adalah rendah dan sentiasa dalam keadaan terkawal walaupun jumlah kes COVID-19 masih lagi di paras yang tinggi.
"Susulan kejayaan CAC maya dalam memantau pesakit Kategori 1 dan 2, usaha untuk menubuhkan CAC maya di lain-lain negeri sedang dijalankan bagi menangani peningkatan pesakit COVID-19 di semua negeri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (PN-Sabak Bernam) yang meminta Kementerian Kesihatan untuk menyatakan bilangan CAC yang beroperasi di seluruh negara serta kapasiti pesakit COVID-19 yang boleh dirawat di pusat tersebut.
Mengulas lanjut, Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau memberitahu, setakat ini sebanyak 209 buah CAC ditubuhkan di seluruh negara dan jumlah itu akan ditambah mengikut keperluan serta kapasiti pesakit COVID-19.
Menjawab soalan tambahan Datuk Hasan Bahrom (PH-Tampin) mengenai kesesuaian lokasi CAC yang terletak berhampiran kawasan perumahan atau masjid seperti Dewan Taman Sri Andalas, Klang, beliau menjelaskan KKM dalam menilai lokasi mengamalkan infection prevention and control bagi memastikan keselamatan setiap pesakit, petugas dan juga kawasan persekitaran agar tidak berlaku sebarang pencemaran yang boleh menyebabkan penularan wabak ini.
"Dalam kes yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat ini, saya sendiri akan semak, dan sekiranya didapati tidak sesuai seperti yang disebut Yang Berhormat tadi, kita boleh cari lokasi lain yang sesuai," ujarnya.
*Jom kita pantau apa ahli Parlimen buat pada 13 hingga 15 September; 20 hingga 23 September; 27 hingga 30 September; 4 hingga 7 Oktober dan 10 hingga 11 Oktober di sini.
Umavathi Ramayah
Wed Sep 22 2021
KHAIRY: Hasil daripada penubuhan CAC maya, kedatangan pesakit di Greater Klang Valley adalah rendah dan sentiasa dalam keadaan terkawal walaupun jumlah kes COVID-19 masih lagi di paras yang tinggi. -Gambar fail
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara
Sebanyak 187 siasatan dijalankan di bawah undang-undang hak kebebasan.
KKM Malaysia rancang perkenal undang-undang 'Good Samaritan' - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata banyak negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan beberapa negara Asia telah pun melaksanakan undang-undang berkenaan.
[TERKINI] Goh Sze Fei-Nur Izzuddin langkah ke Final Jelajah Dunia BWF
Beregu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, sah melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF, sebentar tadi apabila menewaskan pasangan Indonesia.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.