awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Audit penyata kewangan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang tertangguh 18 tahun
Kebakaran pusat beli-belah Karachi, 26 mayat dibawa keluar, puluhan masih hilang
Lisa BLACKPINK hiasi poster baharu kempen pelancongan Thailand 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat: Jawatankuasa khas ditubuhkan kaji laporan ERC

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
14/12/2020
04:37 MYT
Dewan Rakyat: Jawatankuasa khas ditubuhkan kaji laporan ERC
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, jawatankuasa itu dipengerusikan Menteri Kanan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. - Gambar fasil/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Satu jawatankuasa khas bagi mengkaji semula laporan yang dikeluarkan Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) mengenai urusan memperbaiki pilihan raya telah ditubuhkan oleh kerajaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, jawatankuasa itu dipengerusikan Menteri Kanan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Khoo Poay Tiong ((PH-Kota Melaka) sama ada laporan akhir ERC akan diterbitkan dan diedarkan kepada Ahli Parlimen dan orang awam.
"Dapatan ini sudah tentu akan dibuka untuk tatapan awam dan pihak awam bagi memberikan pandangan.
"Ini sudah tentu satu langkah yang akan dibuat kerajaan dan sebagai sebuah laporan yang dibuat oleh jawatankuasa, saya percaya bagi pihak kerajaan.
"Laporan ini akan dibentangkan di Dewan Rakyat untuk tatapan Ahli-ahli Parlimen dan kalau mempunyai keperluan boleh dibahaskan secara langsung atau tidak langsung di Dewan Rakyat," katanya di Dewan Rakyat, di sini pada Isnin.
Sebelum itu, pada Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan, Ahli Parlimen Kota Bharu itu memaklumkan kerajaan amat komited dalam memastikan pembangunan demokrasi adalah seiring dengan peredaran zaman dan keperluan rakyat di negara ini.
Justeru, jelas beliau ERC telah menjalankan kajian selama lebih dua tahun dan telah selesai pada awal bulan Ogos lalu.
"Perdana Menteri telah menerima laporan itu bagi pihak kerajaan pada 27 Ogos 2020 lalu. Laporan ini mengandungi sebanyak 49 syor penambahbaikan yang menyentuh perihal sistem, proses dan undang-undang berkaitan pilihan raya.
"Laporan yang dikemukakan oleh ERC bukan sahaja aspek perubahan kepada proses pilihan raya, namun juga perubahan dalam pelbagai aspek pengurusan kerajaan yang turut membabitkan pelbagai kementerian dan agensi," katanya.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Azmin Ali
#Takiyuddin Hassan
#Kota Bharu
#Dewan Rakyat
#kerajaan
#pilihan raya
#undang-undang
#ERC
#pilihanraya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan